Aroma masakan Malaysia kerap menyelubungi dapur kediaman Safura Tawil walaupun hidup di perantauan . Anak watan Sabah ini kini bekerja di Dublin Ireland sejak tahun lepas dan sebelum ini dari 2016 hingga 2018 pernah menginap di Ottawa, Kanada bertugas sebagai Chef peribadi.
Dia pernah membanggakan Malaysia dengan kejayaannya menjuarai pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang. Ceritanya,”Dalam seminggu empat atau lima kali saya pasti memasak masakan kegemaran seperti bubur lambuk, masak kicap, masak merah, masak lemak dan sebagainya. Kebiasaanya kalau pergi ke rumah kawan saya akan bawa masakan Malaysia untuk dikongsi bersama seperti kuih muih atau lauk pauk.
‘Selalu juga bertukar dan berkongsi resipi sesama rakyat Malaysia di sini dan kenalan bukan Malaysia. Bila bersama masakan memang jadi topik perbualan kami.Saya memang selalu berkongsi aktiviti dan mengambil tahu keadaan tanah air walaupun berada jauh di perantauan. Sering juga saya kongsikan gambar atau resipi masakan yang saya buat di media sosial dengan rakan-rakan.”
“Saya juga tidak menyangka ramai yang berminat untuk meminta saya kongsikan resipi bila melihat gambar sajian. Saya berasa seronok dapat berkongsi dengan orang lain, moga ia bermanfaat buat mereka juga. Sehinggakan ada yang menggunakan resipi yang saya kongsikan untuk berniaga. Ia amat menggembirakan kerana saya dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya sekadar berkongsi resipi. Alhamdulillah.”
Masakan mengubat rindu
Bagi Safura masakan boleh menjadi platform menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebab tiada batasan bangsa bila menyentuh bab selera. Kita tidak terikat untuk memasak masakan bangsa kita sahaja. Katanya lagi,” Saya selalu juga masak nasi daun pisang sajian orang India, masakan Cina wantan mi.Saya rasa ia sesuatu yang unik buat rakyat Malaysia yang mana kita boleh merasa dan memasak makanan kaum lain sebagai makanan harian.”
Menurutnya bahan ramuan memang mudah dan boleh didapati di Asian Market yang memang banyak di Dublin, Ireland ini. Walau bagaimana pun ada juga barang yang memang tak ada seperti daun kunyit, bunga kantan dan kerisik yang biasa akan saya bawa stok dari Malaysia. Kebanyakan barang-baan dari Thailand dan Indonesia, kadang kala rasanya agar berbeda dari jenama Malaysia. Dia kena pandai memilih barang tersebut yang kena pada citarasa.
.
“Bila dapat memasak masakan Malaysia di luar negara dan dapat memasak dan menjamu orang bukan Malaysia di sini, ia satu perasaan yang bangga kerana dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang lain. Kadangkala mereka termasuk orang Ireland meminta resipi untuk dicuba sendiri.
Ada pulak yang mengambil dari fb dan ig saya. Dapat menikmati makanan Malaysia di luar negara adalah satu perasaan yang sangat menggembirakan dan terasa seperti berada di negara sendiri dan sudah tentulah dapat mengubat rindu pada tanah, “akhirinya melalui emel yang dikirimkan.
Jom kita semak dua resipi masakan Malaysia kegemaran Safura Tawil :
IKAN PATIN TEMPOYAK ALA PAHANG
BAHAN-BAHAN :
1ekor ikan patin (saiz sederhana)
1 cawan tempoyak
10 biji lada ( atau ikut citarasa)
1 inci kunyit hidup (Kisar kunyit dAn lada)
2 keping asam gelugor
1 biji timun kuning (di potong kecil)
2 kuntum bunga kantan (di belah empat
5 tangkai Daum kesum
Garam ecukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan tempoyak dan kacau sehingga sebati.
2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air biarkan sehingga ia mendidih.
3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan.
4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam gelugor/keping, bunga kantan serta timun kuning. Biarkan kuah merenih pada api sederhana selama 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tutup api apabila ia sudah masak dan sedia dihidangkan bersama nasi.
SAYAP (KEPAK) AYAM ALA SABAH
.
BAHAN-BAHAN :
2 kg sayap ayam
½ cawan madu
½ cawan cuka
½ kicap
1 cawan gula
Sedikit pewarna oren
Garam secukupnya
Bahan kisar:
2 labu bawang putih
4 batang serai
1 inci kunyit hidup.
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kepak ayam dengan bahan kisar.
2. Tambahkan pewarna oren untuk lebih menarik. Kemudian campurkan madu, cuka, kicap, gula dan garam. Perap semalaman.
3. Bakar sehingga masak. Biarkan ia masak berjus. Usah terlebih bakar.
Kredit foto & resipi : FB : Safura Tawil
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMASAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source