Bukan Waktu Sesuai Untuk Berkonsert, KEPCI Music Fest Ditunda
Pemergian insan bernama Siti Sarah Binti Raissuddin, 37 pada jam 5.13 pagi hari ini merupakan satu pemergian yang amat dirasai. Bukan saja penghibur dan usahawan tersebut menjadi kesayangan para peminatnya, malah Siti Sarah telah menyentuh hati beberapa pihak lain yang selalu berhubung dengannya bagi urusan bersedekah.
ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia – REMAJA
Dalam diam, Siti Sarah banyak berbudi kepada golongan masyarakat yang memerlukan bantuan. Tampil ‘membuka cerita’ selepas mendapat tahu berita pemergian Allahyarhamah ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan juga pendakwah bebas popular, Ebit Lew.
Menerusi hantaran di Facebook dan Instagram, mereka berdua telah berkongsi kisah bagaimana Siti Sarah dan suaminya sentiasa ringan tulang bagi menghulurkan bantuan dalam beberapa kesempatan yang diperolehi mereka.
Nadir Al Nuri misalnya telah dihubungi Siti Sarah baru-baru ini untuk bersedekah sempena ibadah korban Hari Raya Aidiladha di Palestin.
“Allah, tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib tentang pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.
“Masa itu, saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu Ringgit. Bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir. Selepas itu, beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
“Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat. Peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, Al-Fatihah,” catat beliau.
Tertera pada foto yang dikongsikan Nadir ialah nama-nama ahli keluarga Siti Sarah termasuklah bapanya, Raisuddin bin Hamzah; arwah ibunya, Noor Aini binti Mohamad; suaminya, Shahmira bin Muhamad (Shuib); tiga orang cahaya matanya, Uwais Al Qarni, Dzakira Takita Zahra dan Ariq Matin serta dirinya sendiri.
Sementara itu, Ebit Lew turut tampil ke hadapan untuk berkongsi keikhlasan Siti Sarah yang juga pernah menghubunginya bagi urusan pemberian sedekah kepada anak-anak yatim yang diselia oleh pendakwah bebas itu.
“Ya Allah, sedihnya rasa. InsyaAllah, Shuib, Siti Sarah dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.
“Siti Sarah banyak kali tanya kepada saya (yang dia) ingin bayarkan sewa beberapa buah rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus kepadanya.
“Sabar ya Shuib, Allah sayang.. InsyaAllah,” catat beliau.
Sesungguhnya, hati budi seseorang insan itu adalah rahsia di antara dirinya dan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam diam, Allahyarhamah Siti Sarah dipermudahkan oleh-Nya untuk terus mengejar saham akhirat menerusi bantuan yang dihulurkannya selama ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang yang beriman.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source