Kenapa Setiap Budaya di Dunia Ada Naga?
Pernah tak korang fikir kenapa Melayu ada mitos Naga Tasik Chini, China ada naga dia sendiri, Eropah pun ada naga dia jugak. Tapi naga tak wujud pun.
Sebelum wujud naga dalam CGI filem, naga dah wujud dalam lukisan-lukisan dalam buku dan skrol yang menggambarkan naga ni sebagai legenda. Macam mana terciptanya mitologi naga ni?
Kisah naga mula ditulis masa zaman Mesopotamia, raksasa dewa ular bernama Tiamat keluar dari laut dan buat huru-hara. Dewa Marduk bunuh Tiamat ni untuk selamatkan dunia.
Banyak variasi kisah Tiamat ni dalam tradisi Mediterranean dan Eropah. Penentangan naga dan penyelamat jadi plot utama mitos naga Barat.
Mitologi Yunani melibatkan beberapa pertempuran dengan naga seperti Zeus guna petir untuk bunuh Typhon, naga Yunani yang bernafas api. Perkataan Yunani “drakōn” bermaksud sesuatu yang lagi besar dari ular membawa kepada perkataan Inggeris “dragon.”
Sebagai tambahan, mitologi naga zaman pertengahan Eropah iaitu legenda St. George. Naga beracun mengganas dan St. George menyelamatkan puteri kerajaan.
China pula ada cerita naga yang paling lama berterusan sejak 5000 tahun dulu. Naga sebagai lambang pemerintahan empayar dan nasib baik, malah dalam Kalendar Zodiak Cina, Tahun Naga ialah tahun paling bertuah. Simbol naga banyak mempengaruhi oleh budaya Cina seperti pembinaan bangunan yang berlubang ditengahnya sebagai laluan kepada naga.
Dalam mitologi Naga Tasik Chini Alam Melayu, ada 2 ekor naga yang disumpah tasik tu masa zaman dulu. Naga Sisek Emas dipercayai jelmaan lelaki manakala Naga Sisek Perak pula jelmaan perempuan. Ada juga cerita naga lima bersaudara iaitu Naga Seri Gumum, Naga Seri Pahang, Naga Seri Kemboja, Naga Seri Siam dan Naga Seri Daik.
Pakar mitologi Joseph Campbell dan pakar teori psikologi Carl Jung anggap yang naga ni wujud sebagai ketidaksedaran kolektif yang imejnya dikenali tanpa diajar.
Pakar antropologi David E. Jones pula anggap yang nenek moyang kita yang gambarkan bentuk naga ni daripada bentuk ular yang mampu membunuh manusia. Teori ni perlukan banyak data untuk dibuktikan tapi ni salah satu teori yang menarik.
Walaupun naga tak pernah wujud walaupun sejak 15,000 tahun lalu. Naga tetap kekal dalam budaya manusia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source