Patung dekorasi dalam rumah Syamimia jadi sasaran netizen Masih ‘panas’ ! Hiasan rumah Syamimia jadi sasaran, minta buang patung Apollo?
Pempengaruh media sosial, Syamimia masih lagi menjadi bualan dan menjadikan hiasan patung Apollo di rumahnya sebagai sasaran warganet.
Disangka patung David, rupanya Apollo?
Menerusi hantaran tular, individu di media sosial berkongsi beberapa foto memaparkan patung ‘dewa’ David yang dikatakan terdapat di ruang tamu dan bilik tidur pempengaruh terbabit.
“Tak tahu nak kata apa. Takkanlah dia tidak tahu itu patung apa? Kita Islam (beragama), mana boleh,”tulisnya.
@oichen110 ermmm.. xtau nak kata apa.. xkan ar dia xtau tu patung apa weeii.. bukankah itu patung davidd.. kita Islam mana boleh.. x pernah follow & now aku block.. #patungdavid #terpalingneutral
Akan tetapi, hasil dapatan mendapati ia merupakan patung dewa Yunani, Apollo yang cukup sinonim dijadikan sebagai perhiasan rumah.
Pun begitu, ia bukanlah alasan buat sesiapa sahaja untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan perhiasan rumah.
Buanglah patung…
Meninjau di ruangan komen Instagram pempengaruh tersebut, warganet memintanya untuk membuang patung berkenaan.
Syamimia jadi ‘sasaran’ selepas isu Palestin
Nama Syamimia menjadi bualan ramai susulan tindakannya mengulas punca dia tidak bersuara mengenai isu Palestin.
Pempengaruh berusia 27 tahun itu juga memaklumkan dia mahu memberikan fokus kepada keluarganya terlebih dahulu dan berpendapat kebaikan boleh dilakukan tanpa mengikut sesuatu isu.
Disebabkan kenyataan itu, dia mendapat kecaman teruk daripada netizen sehingga terpaksa memadam video berkenaan dari akaun TikToknya.
Bagaimanapun, dia tampil membuat permohonan maaf selepas menerima banyak kritikan di kalangan warganet. Malah, pengikut media sosialnya turut menjunam secara mendadak.
“Saya minta maaf kepada yang terasa hati, yang merasa saya neutral duduk di tengah-tengah, tak sokong Palestin apa semua. Saya tak cukup tangan untuk puaskan hati semua orang,” katanya sebelum ini.
Artikel lain: TikToker Syamimia minta maaf- “Tak sentuh isu Palestin, tidak bermakna tak sayang”
Artikel lain: Jatuh menjunam, Syamimia hilang lebih 158,000 pengikut di TikTok
Haram ke ada patung dalam rumah?
Di sini, disertakan penjelasan hukum mengenai kewujudan patung di dalam rumah untuk dijadikan sebagai hiasan.
@rumah_jura Replying to @anna rahim 🦋 isu patung david ni kadang kadang mungkin dia tak tahu kalau jahil kita belajar. Cuma kita kan tak boleh sombong.. kalau dia sombong rugilah dia. Doa yang baik baik utk diri kita dan keluarga. Moga diberi hidayah dan petunjuk. Doa agar penghakhiran kita husnul khotimah dalam keadaan beriman.Saya pun tak boleh komen lebih sbb tak tahu menahu hal sebenar.. wallahualam. #jahil #patungdavid #muhasabahdiri #peringatanbersama
Sumber: TikTok search, Instagram @syamimia_, Mufti Wilayah Persekutuan
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source