Pertempuran Yehuling: Pertempuran Sepanjang Tembok Besar China
Dinasti Jin di utara China menjadi penghalang utama Empayar Mongol menguasai dunia. Mereka gunakan dasar pecah dan perintah terhadap pelbagai suku Mongol. Namun, apabila Genghis Khan berjaya satukan Mongol, Dinasti Jin bersiap sedia untuk berperang menghapuskan ancaman Mongol. Sebuah tembok pertahanan sepanjang kira-kira 300km dibina di sempadan utara Dinasti Jin sejak zaman pemerintahan Maharaja Zhangzong.
Genghis Khan hina Maharaja Xingsheng bahawa beliau pengecut dan tak layak jadi pemimpin. Maharaja Jin berang dan hukum mati duta Mongol. Apabila situasi Mongol dan Jin ni memuncak, Mongol kumpulkan 100,000 tentera untuk lawan Dinasti Jin pada Mac 1211. Genghis Khan sempat berdoa dan berikrar nak balas dendam untuk moyangnya yang mati dihukum bunuh oleh maharaja Jin yang terdahulu.
Tentera berkuda Mongol terus memecut ke Tembok Besar. Tembok Besar dipertahankan hampir sejuta tentera Dinasti Jin terdiri daripada 800,000 infantri dan 150,000 tentera elit berkuda. Jeneral Wanyan Chenyu memimpin tentera Jin di Tembok Besar.
Genghis Khan hantar peninjaunya untuk tengok bahagian Tembok Besar mana yang kurang tentera. Kubu Wusha berhampiran Yehuling menjadi sasaran mereka.
Dinasti Jin tak mampu halang 30,000-50,000 tentera berkuda Mongol. Dalam masa yang sama, Genghis suruh anaknya Ogedei untuk serang ibu kota barat Jin, Xijing dan sekat bantuan yang datang untuk Jin. Genghis berjaya tawan Kubu Wusha dan Kem Wuyue serta musnahkan pertahanan Jin pada hujung Jun 1211. Mongol berehat sebulan sebelum bergerak ke Yehuling dan hantar seorang duta ke Istana Dinasti Jin.
Kawasan gunung di Yehuling digunakan tentera Jin untuk halang tentera berkuda Mongol. Dinasti Jin hantar Shingmo Ming’an untuk berunding damai. Tapi Genghis berjaya buat Shingmo berpaling tadah dan bagi maklumat tentang tentera Jin.
Ogos 1211, Genghis Khan lancarkan serangan mengejut. Mereka bertempur berjalan kaki sebab kawasan gunung sukar untuk berkuda. Tentera Jin yang tak teratur, hilang komunikasi dengan pasukan lain dan hilang semangat mula berpecah. Mongol melanyak seluruh tentera Jin dan melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Oktober 1211, Mongol kepung Kubu Huihe dan bertempur selama 3 hari. Sekali lagi tentera Jin hancur dimusnahkan. Maharaja Xingsheng dibunuh oleh jeneralnya sendiri di Zhongdu. Mongol kepung bandar Zhongdu selama 4 tahun sampaikan penduduk jadi kanibal dan akhirnya menyerah kalah. Dinasti Jin dipaksa bayar ufti sebanyak 500 lelaki, 500 wanita dan 3000 kuda. Maharaja Xuanzong pindahkan ibu kotanya ke Bianjing. Dinasti Jin cuba takluk Dinasti Song Selatan di selatan China. Akhirnya Dinasti Song Selatan bersekutu dengan Mongol memusnahkan Dinasti Jin pada 1234.
Nak lagi kisah-kisah Sejarah Cina yang sangat menarik?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source