Macam Mana Tajikistan Keluar Dari Kesatuan Soviet?
Baru semalam Tajikistan menang Pestabola Merdeka menewaskan Malaysia dengan keputusan 0-2.
Korang tau tak dulu Tajikistan ni berada di bawah kekuasaan Soviet?
Tajikistan bukanlah sebuah negara bangsa sehingga tiba abad ke-20, sebutan etnik “Tajik” dah digunakan selama berabad-abad untuk merujuk kepada orang Turki yang bercakap bahasa Parsi.
Ni dah berlaku jauh sebelum tumbangnya Empayar Rusia.
Rusia menakluk wilayah Asia Tengah pada tahun 1868. Penjajah Rusia mula menetap di utara Tajikistan, terutamanya di Lembah Ferghana yang sentiasa mempunyai penduduk Uzbek yang ramai.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit ketegangan antara Rusia dan penduduk asal Muslim. Ketika Perang Dunia Pertama, orang-orang Tajik dan Asia Tengah menentang kerahan buruh perang di tahun 1916.
Apabila Revolusi Rusia berjaya menumbangkan Empayar Monarki Rusia, ia turut berjangkit ke Asia Tengah. Golongan “Pemuda Bukhara,” kumpulan Uzbek-Tajik yang anti-komunis cuba untuk rampas kuasa pada tahun 1918.
Tapi Tentera Merah Soviet bertindak balas dengan serangan bersenjata dari Tashkent pada tahun 1920 untuk melenyapkan pemberontakan.
Walau bagaimanapun, dasar merendahkan dan menindas kerajaan Soviet terhadap umat Islam mengakibatkan kempen penentangan menjadi semakin besar membawa kepada Pemberontakan Bismachi.
Semasa penentangan terhadap pemerintahan Soviet, ramai orang Tajik berhijrah ke Afghanistan.
Apabila kerajaan Soviet membahagikan pegangan Asia Tengahnya pada tahun 1920-an, Tajikistan ditubuhkan sebagai sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Soviet Uzbekistan pada tahun 1924.
Pada tahun 1929, kerajaan Soviet di Moscow pisahkan Tajikistan dari Uzbekistan dan jadikannya Kesatuan Republik secara penuh.
Konsep nasionalisme Tajik berkembang semasa zaman pemerintahan Soviet.
Apabila Soviet menyerang Afghanistan pada tahun 1979, kebangkitan Muslim di Tajikistan mula marak.
Apabila Kesatuan Soviet mula runtuh, perebutan kuasa antara pelbagai puak mula berkembang.
Blok-blok politik mula terbentuk: agenda demokrasi, kebangkitan Islam dan kedaerahan mula menjadi jelas, dan konflik antara puak-puak ni tercetus secara terbuka.
Pada Februari 1990, tindakan keras kerajaan Soviet terhadap demonstrasi besar di Dushanbe, ibu kota Tajikistan menyebabkan kematian 21 orang.
Kerajaan Soviet menggambarkan pemberontakan ni sebagai menentang Eropah, diorang guna demonstrasi sebagai alasan untuk larang calon pembangkang daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya Soviet Tertinggi pada Mac 1990.
Presiden Tajikistan Kakhar Mahkamov secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cubaan rampasan kuasa Ogos 1991 terhadap Gorbachev.
Selepas kegagalan rampasan kuasa, penunjuk perasaan turun ke jalanan sekali lagi, kali ni untuk menuntut peletakan jawatan Mahkamov.
Pada 9 September 1991, Tajikistan isytiharkan kemerdekaannya. Walaupun pengisytiharan ni dibuat, Tajikistan tak dapat kemerdekaan sehingga Kesatuan Soviet secara rasmi dibubarkan pada akhir Disember 1991.
Tapi, ada benda buruk berlaku lepas tu. Perang Saudara Tajikistan.
Apa yang berlaku selepas tumbangnya Soviet di Rusia? Kenal sejarah Rusia melalui PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source