Ramai yang terpengaruh mempercayai banyak kejadian berlaku dikaitkan dengan dunia mistik. Misalnya jika badan gatal-gatal, di mana makin digaru makin sedap dan tanda merah itu semakin tersebar.
Bagi yang mempercayainya, ia mungkin disebut diludah jin. Sebabnya makin digaru makin besar-besar kegatalan yang timbul. Mulalah disuruh berubat ke ustaz-ustaz.
Ternyata bukan semua penyakit berkaitan ilmu mistik. Doktor perubatan, Dr Khairul Faizie berkongsi maklumat berguna kerana gatal-gatal satu badan ini dipanggil Urticaria dan ia hanyalah satu bentuk ALAHAN atau disebut allergic.
Baca perkongsian berguna ini.
URTICARIA ( GEGATA / KELOPAK GARAM )
Hari ni, aku jumpa lagi pesakit yang sama ( pernah datang 2 kali sebelum ini dalam tempoh sebulan), seorang wanita usia 36 tahun, yang datang dengan aduan ruam merah yang gatal dan timbul. Makin digaru, makin merebak – timbul ruam tu. Ruam gatal ni ada di serata badan, tangan, kaki, badan, leher. Orang Melayu panggil gegata / kelopak garam. Mat saleh panggil Hives / Wheals. Orang medical panggil URTICARIA.
Ciri ciri Urticaria
– Kulit rasa gatal, dan bengkak/ timbul.
Warna kulit yang gatal mungkin kemerahan / atau sama warna
– Ada effect ‘ blanching’ , iaitu bila kita tekan di bahagian tengah ruam tu, warna kulit akan bertukar putih/ cerah sebentar.
-Ruam dan gatal tu boleh berlaku kejap je, dalam masa minit ke beberapa jam. Majoriti nya akan hilang sendiri lepas 24 jam.
Namun ada yang teruk, boleh ada ruam berhari hari, berulang ulang selama berminggu minggu atau bulan.
Jenis Urticaria:
1)Acute Urticaria : Ianya hilang dalam masa 6 minggu.
2) Chronic Urticaria : Ianya berulang ulang, > 6 minggu.
Punca Urticaria
Memang majoriti kes Urticaria ini, dikaitkan dengan tindak balas alahan / allergic response. Namun ada kalanya ianya disebabkan jangkitan jangkitan. Ada juga kalanya Urticaria timbul sebab penyakit kronik tertentu. Apa pun puncanya, Urticaria terjadi sebab sistem imun badan dirangsang dan rangsangan (alahan / jangkitan / penyakit kronik) ini mencetuskan pengeluaran bahan kimia ‘Histamine ‘ oleh sel sel mast di kulit. Histamine nilah yang buat kita gatal-gatal.
Antara punca / trigger urticaria yang bersifat alahan:
– Makanan , especially telur, seafoods, kekacang
– Bulu haiwan macam kucing, anjing
– Sengatan haiwan / serangga.
– Ubat ubatan, especially antibiotik, painkiller
– Debunga / habuk dari pokok , semak samun
– Material pakaian, termasuk exposure pada latex.
– Penerima darah ( blood transfusion ) pun boleh cetuskan urticaria.
– Menerima air di wad ( IV drip ), atau prosedur masuk kan dye dalam saluran darah utk test di hospital, pun boleh trigger Urticaria.
Jangkitan yang boleh menyebabkan Urticaria:
– Jangkitan virus, bakteria
Rangsangan fizikal ( Physical Urticaria)
– Apabila kulit terdedah pada panas / sejuk / matahari
– Apabila kulit kena tekanan ( pressure) atau gegaran ( vibration)
– Senaman ( exercise) pun boleh cetuskan urticaria
Penyakit kronik yang mungkin akan ada Urticaria:
– Penyakit berkaitan Thyroid
– Penyakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis.
Rawatan Urticaria:
Untuk Urticaria yang simple, kecil, kalau biarkan aja je, ia boleh hilang sendiri.Cuma sebab gatal tu, maka digalakkan ambil ubat tahan gatal iaitu ubat anti histamine. Ada dua jenis ubat tahan gatal, yang mengantuk dan tak mengantuk.
Mungkin juga perlu sapu calamine lotion, untuk melegakan & bagi kesan sejuk pada kulit. Apa apa yang menyejukkan kulit, insya Allah akan membantu kurangkan ruam Urticaria ini.
Tu sebab, BUKAN SEMESTINYA kena follow petua mandi air garam, air bunga la, as long as mandi ( sejukkan badan), majoriti kes Urticaria akan berkurangan dengan cepat. Kalau ada air-cond, ON kan air-cond.
Ada masa nya doktor akan bagi ubat steroid sama ada dalam bentuk pil atau suntikan. Ini bergantung kepada berapa serius Urticaria tu.
Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan sama ada makanan / bahan kimia / etc), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa test seperti skin test & ujian darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria.
Avoidance , iaitu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.
Ambil supplement / vitamin C / produk yang dakwa boleh elakkan Urticaria?
Tiada bukti. Nak makan supplement as supplement, sila kan. Tapi supplement bukan UBAT utk elak urticaria.
Nak cuba berubat alternatif?
Silakan. Terutama nya bagi kes kes Chronic Urticaria. Berbulan bulan berulang ulang keluar ruam, jumpa pakar kulit buat skin test & blood test pun tak dapat kesan apa punca ( ini memang common, kita panggil Chronic Idiopathic Urticaria). Ada orang yang nak percaya ianya sebab buatan orang la, jin ludah la…maka nak berubat secara Islam, guna ayat ayat ruqyah, sila kan. Nak berubat jumpa dukun, bomoh, elakkan sebab kau syirik nanti. Berubat secara Islam buat, tapi usaha berubat medical jangan tinggal.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source