Keenakan kuih muih tradisi memang tiada tandingan. Rasanya yang lemak manis, masin cukup rasa dan tidak menghampakan . Terindu-rindu dengan kuih muih lama yang sukar untuk ditemui seperti mana zaman mak-mak kita dahulu. Untuk mengimbau nostalgia lama itu, RASA kongsikan beberapa resipi kuih muih yang dijamin kesedapannya.
Kuih Tepung Bunga
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur
- Minyak masak untuk goreng
- Gula kastor secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul tepung pulut dengan garam. Kemudian tambahkan air dan uli hingga sebati.
2. Kemudian gentel sebesar guli hingga habi dan tekan tengannya menjadi leper.
3. Sementara itu pecahkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Panaskan minyak, kemudian celup doh dalam telur dan goreng sampai telur keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Susun dalam piring dan dan tabur gula.
6. Tepung bunga sedia untuk dihidangkan dihidangkan.
Pulut Lepa Berinti Sambal Ikan
BAHAN SAMBAL IKAN
- 4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
- 8 biji cili kering | dikisar halus
- 5 ulas bawang merah | dikisar halus
- 1 ulas bawang putih | dikisar halus
- 1/2 inci halia | dikisar halus
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- 4 sudu makan santan pekat
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Sejukkan.
BAHAN PULUT:
- 2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
- 1/2 cawan santan pekat
- 4-5 sudu makan gula pasir
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
1.Kukus pulut selama 30 minit.
2.Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
3.Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
2.Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
3.Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
4.Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
KARIPAP UDANG MONTOK
BAHAN-BAHAN:
INTI
- 20-30 udang kecil | dipotong dadu
- 2 ulas biji bawang besar | dipotong dadu
- 2 biji bawang putih | dipotong dadu
- 4 biji telur B
- Garam dan serbuk perasa
- 1-2 batang cili merah | didadu halus *buangkan bijinya
- Sedikit lada sulah
- Sedikit daun bawang dan daun sup | dihiris halus
- 1/2 batang lobak merah | disagat memanjang
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan udang dan biar seketika.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Pecahkan satu per satu telur dan masak inti sehingga sedikit kering.
- Masukkan pula lobak merah ebrsama daun bawang dan daun sup.
- Taburkan sedikit lada sulah dan bolehlah tutup api. Sejukkan inti sebelum digunakan dalam doh.
BAHAN-BAHAN:
DOH
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar marjerin
- 1/2 sudu teh garam halus
- 3/4 cawan air biasa *jangan dituang semua, cukup sekadar doh tidak melekat di tangan jgn tuang
- 2-5 batang daun bawang | dihiris halus
- 2 batang daun sup | dihiris halus
- Sedikit krim super
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Ayak tepung dan gaulkan dengan marjerin sehingga berserdak. Kemudian campurkan dengan daun bawang dan daun sup.
- Larutkan garam dalam air dan tuang sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh. Sapukan krim super dan uli sehingga ‘licin’.
- Perapkan doh selama 10 minit dan timbang doh lebih kurang 25gm setiap satu.
- Gelek dan masukkan inti.
- Kelim kemas dan sedia digoreng.
CARA MENGELIM:
1. Doh ditimbang lebih kurang 20-25gm setiap satu
2. Letakkan inti udang yang sudah disejukkan atas doh *yang sudah siap digelek leper
3. Lipat dua dan kelimkan untuk mengelak karipap bocor
4. Tarik dan satukan kedua-dua hujung karipap
5. Kelimkan seperti biasa
sumber resipi: FB JALILAH JEPON
Kuih Getas
BAHAN-BAHAN A:
½ biji kelapa parut
300gm tepung gandum
100gm tepung pulut
50ml air
5gm garam
BAHAN B (SIRA):
200gm gula pasir
100ml air
BAHAN LAIN:
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan A di atas. Uli sebati sehingga membentuk doh.
2. Setelah itu bentukkan doh mengikut saiz dan bentuk yang diingini.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kuih dengan api sederhana. Goreng hingga ia masak sekata.
4. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Untuk membuat gula sira; didihkan air bersama gula hingga menjadi pekat berbuih. Tutup api.
6. Masukkan kuih satu persatu ke dalam air gula tadi.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Kuih Bakar Daging
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 720ml santan cair
- 720ml air
- 5 biji telur
- 350gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu makan minyak masak
- Sedikit pewarna kuning telur
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
- Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
- Oles sedikit minyak pada acuan dan panaskan acuan di atas dapur dengan api perlahan.
- Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 acuan. Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili.
- Apabila bahagian tepi kuih kelihatan sedikit garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160⁰selsius selama 20 minit.
*Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
Resipi Kuih Orang Lama, Sangat Mudah Rupanya Buat Koleh Lemak
Resipi Kuih Serabai Kuah Durian & Petua Supaya Adunan Tak Melekat Di Acuan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source