Viral mengenai jenis-jenis beras tertentu yang dikatakan dapat membantu menaikkan selera bayi dan anak-anak kita sekaligus mampu menaikkan berat anak. Benarkah kenyataan ini? Berat badan anak akan naik dengan sendirinya jika pemakanannya tepat malah dengan nutrisi yang betul, bukanlah disebabkan oleh beras-beras tertentu.
Menurut perkongsian Nadiy Isa, Peg. Sains Pemakanan, yang dikongsikan semula oleh Safura Sobri, beras-beras tertentu tidak dapat membantu malah ibu bapa digalakkan untuk membiasakan anak-anak kita dengan beras biasa yang kita makan setiap hari. Ini sebaiknya!
BERAS OH BERAS
Apa yang anda semua perlu faham adalah kandungan tenaga dalam beras adalah hampir sama. Kemudian, fahamilah tidak akan ada satu jenis beras yang bila anak makan akan “confirm” anak terus suka dan naikkan berat anak. Mohon jangan suka membuat “claim” makan beras tertentu akan pasti menaikkan berat badan anak.
Ini akan menyebabkan ibubapa yang dalam keadaan terdesak, bila mereka mencuba dan ia tidak menjadi seperti yang digembar-gemburkan akan patah semangat dengan mudah.
Konsepnya senang sahaja, jika anak suka makanan tertentu, dia akan makan dengan baik, bila makan dengan baik, bermakna anak mengambil tenaga harian dengan baik dan mencukupi justeru akan membantu kenaikan berat badan yang baik.
Bonuslah kepada ibubapa yang bila diperkenalkan makanan baru kepada anak, anaknya terus boleh menerima ia dengan baik. Tetapi kepada ibu bapa yang mendapat respon yang kurang baik daripada anak, bersabarlah dan teruslah melatih anak. Kenalpasti faktor-faktor sampingan yang boleh mempengaruhi penerimaan makanan bayi dan kanak-kanak seperti:
-Fasa tumbuh gigi
-Tidak Sihat
-Pusat jagaan
-Suasana makan
-Bilangan adik-beradik. Suasana makan yang berkawan-kawan akan menambahkan minat makan.
-Penggunaan alatan makan. Warna yang terang dan menarik menambahkan minat untuk makan.
– Dan banyak lagi lain-lain faktor.
Cadangan saya, gunakan sahaja beras putih yang biasa ibu ayah semua gunakan di rumah untuk dimasak kepada bayi pada permulaan usia 6 bulan yang dia dah boleh makan. Namun, tidak salah untuk mencuba beras lain jika dirasakan perlu contohnya anak kurang selera makan kerana tidak sihat, nak cuba bagi beras wangi.
Bila bagi didapati anak nak makan dengan baik. Tapi bila anak dah kembali sihat, gunakan beras yang digunakan di rumah seperti biasa. Bukan apa dikhuatiri anak sampai bila-bila tak nak makan beras yang biasa digunakan dirumah, kasihan pula kepada ibu ayah perlu masak dua jenis beras setiap kali makan. Yang paling penting dalam kemampuan ibu ayah untuk sediakan.
Sekian,
CC : Nadiy Isa
Moderator HBFM
Peg. Sains Pemakanan.
Nota:
Untuk makluman ramai ibu-ibu yang kongsi cerita. Bila beri anak makan beras sumo boleh naikkan berat, anak bertambah selera, tak perlu bagi hari-hari pun takpe. Cuma untuk tukar selera 2 kali seminggu ke kan.
Hari lain bagi beras biasa , sebab ni semua tak wajib pun dan tak semestinya kena bagi bubur je ye sebab pentingnya jugak tukar tektur anak mengikut peringkat umur untuk elak dari terjadi SPEECH DELAY kemudian hari sebab tiada latihan mengunyah. Just telan telan telan.
Alasan sebab bayi belum ada gigi, ibu panik bila anak gag reflex. Ibu takut anak tercekik. Ibu takut nak tukar tektur baru. Kesudah umur dah berapa masih lagi makan bubur. Lagi lambat ajar tukar tektur bimbang lagi sudah penerimaan anak. Nanti jangan pelik umur dah 2-3 tahun anak tak reti kunyah, anak simpan je makanan tu dalam mulut. Bila anak keluarkan balik makanan sebab tak tahu mengunyah, salah siapa?
Contoh :
6 bulan – blend halus/lenyek
7-8 – blend kasar/ lecek
9-11 – nasi lembik
12+ – nasi butir
Dan boleh pelbagaikan buat nasi goreng, lauk family meal asalkan tak pedas, tiada garam , gula dan perasa. Boleh juga buat lauk tomyam, sup , buttermilk , singgang , sambal (paste tomato) , nugget nasi + ayam + sayur dan macam-macam lagi. Banyak je resepi yang boleh kita olah, ibu yang kene rajin gali dan cari ilmu.
Seeloknya jangan 1 hari makan lauk yang sama, itulah sarapan, itulah makan tengah hari, itulah makan petang , itulah makan malam. Kesudahannya bila anak tolak makan tanya kenapa, ingat kita je ke bosan asyik makan benda sama? Anak pun manusia ya ibu.
Fikir-fikirkan.
Source