“Lebih Meriah, Lebih Bagus….” – Tabby DOLLA Mahu Lebih Banyak ‘Girl Group’ Maju Ke Hadapan
Musim sejuk di seluruh dunia mungkin akan bermula pada akhir November tahun ini. Tapi perancangan korang untuk ke sana perlu bermula dari sekarang!
Tempoh 5-6 bulan sebelum bercuti semasa musim sejuk memberikan masa secukupnya kepada korang untuk merancang tiket penerbangan, hotel dan itinerari sepanjang berada di negara orang kelak.
Antara destinasi terbaik untuk percutian musim sejuk ialah Jepun kerana pemandangan cantik, kualiti salji yang bagus dan korang mempunyai direct flight dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
Selalunya, korang dengar tentang Hokkaido, Tokyo dan Osaka kan? Tapi korang pernah dengar tentang Tohoku? Ia adalah destinasi terbaru yang popular semasa musim sejuk gaiss..
Jom lihat 5 aktiviti yang menarik untuk dilakukan di sekitar Tohoku Jepun setiap kali tiba musim sejuk.
Light Show ‘Juhyo’
Terletak di wilayah Yamagata, pemandangan bukit di Zao Onsen Ski Resort akan berubah menjadi pameran cahaya Juhyo (raksasa salji). Pada waktu siang, segalanya kelihatan seperti arca salji putih. Sebenarnya, ia adalah pohon besar yang diselaputi salji tebal.
Dari jam 5 hingga 9 malam pula, cahaya warna-warni akan mula dipancarkan sebagai tarikan kawasan tersebut. Memang cantik kalau dapat OOTD di sana! Ia bermula dari akhir Disember hingga awal Mac.
Pengangkutan: 45 minit menaiki bas dari Stesen Yamagata ke Zao Onsen.
Shopping di Kampung Ouchijuku
Ouchijuku merupakan sebuah perkampungan yang diperbuat daripada struktur bangunan atap nipah, mirip rumah panjang semasa Dinasti Edo dahulu. Kini, ia menjadi tumpuan pelancong di mana mereka bukan saja boleh menikmati pemandangan tetapi juga membeli-belah. Selalunya, mereka yang ingin ke pergunungan Aizu akan singgah sebentar di sini.
Bulan Februari merupakan bulan yang sibuk di sini memandangkan terdapat festival saji pada hujung minggu kedua bulan itu.
Pengangkutan: 10 minit menaiki kereta dari Stesen Yunokami Onsen.
Onsen (Kolam Air Panas)
Okay korang kena cari sendiri sumber air panas manakah yang paling sesuai dan dekat dengan lokasi penginapan. Ini kerana terdapat lebih kurang 4,000 kolam air panas yang dikenali sebagai Onsen di Tohoku. Pergh banyak tu!
Selain menawarkan air panas berkualiti dan penuh nutrien, pemandangan di sekitarnya pada musim sejuk amat berbeza dan sangat magical. Patutlah ramai yang cakap kulit penduduk Tohoku ni cantik, rupanya rahsia mereka adalah pergi ke Onsen!
Antara yang REMAJA cadangkan ialah Ashinomaki Onsen (Fukushima), Getou Onsen (Iwate), Naruko Onsen (Miyagi), Nyuto Onsen (Akita), Minamida Onsen yang menawarkan apple bath (Aomori) dan Zao Onsen (Yamagata)
Fruitea Fukushima
Somehow, perkhidmatan kereta api amat popular di Jepun, terutamanya di Tohoku. Bukan saja ia digunakan untuk sebagai sistem pengangkutan, kereta api di Tohoku juga menawarkan kafe bergerak sambil menikmati pemandangan di sekeliling.
Antara yang perlu korang cuba ialah Fruitea Fukushima. Dibuka pada tahun 2015, korang ditawarkan menu yang kebanyakan menggunakan buah-buahan sebagai kandungan utama.
Dapatkan tiket terlebih dahulu di: jr-sendai.com/fruitea.
Luncur Salji
Tentunya kalau sudah ke Jepun pada musim sejuk, tentulah korang WAJIB mencuba aktiviti luncur salji dan bermain salji di sana!
Antara lokasi terbaik ialah di wilayah Niigata yang merupakan kawasan pertama di Jepun yang menawarkan aktiviti riadah ini pada musim sejuk. Korang boleh memilih di antara Naeba Skiing Ground, Kagura Skiing Ground, NASPA Ski Garden, GALA Yuzawa Skiing dan banyak lagi.
BACA: Selipar Kucing Dari Jepun Ini Confirm Buat Peminat Haiwan ‘Geram’
*
Jika korang merasakan Tohoku ialah destinasi Jepun yang ingin dikunjungi pada musim sejuk akan datang atau pada mana-mana musim, korang boleh mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo.
Dari Tokyo, korang boleh mengambil perkhidmatan bullet train (Shinkansen) ke kawasan di sekitar Tohoku seperti Sendai (1 jam 30 minit menerusi Shinkansen) dan Morioka (2 jam 10 minit menerusi Shinkansen).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source