Resepi Sambal Cekur, Air Tangan Ibu Di Kampung Pembuka Selera Makanan Berpantang
Selepas anak menerima suapan bubur kosong 3 hingga 5 hari, selang selikan pula dengan puri kepada anak. Puri membantu anak kekalkan seleranya dan menambah minatnya lagi setiap kali waktu makan.
Apabila memperkenalkan makanan baru, mulakan dengan satu bahan sahaja selama 3 hingga 5 hari berturut-turut. Ini bagi melihat jika bayi anda mempunyai sebarang alahan terhadap makanan tertentu.
Empat resipi di bawah ini boleh mama cuba kerana banyak khasiatnya pada anak-anak kita. Lobak merah, labu, bayam dan sebagainya sememangnya cukup baik buat anak-anak kita. Tinggi khasiatnya. Jom semak bagaimana cara puri anak dihasilkan agar tak hilang khasiatnya.
PURI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
50gram lobak merah |dikupas dan potong kecil
100ml air susu ibu
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah sehingga empuk.
2. Selepas sejuk, kisar dalam mesin pengisar.
3. Tambahkan air susu ibu dan kacau rata. Jika masih pekat, boleh tambahkan sedikit air rebusan lobak merah.
Info: Puri lobak merah menghasilkan rasa yang manis secara semulajadi. Untuk kesan yang lebih sedap, pilih lobak merah yang masih muda dan bersaiz kecil.
PURI LABU
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu | dikupas dan potong kecil
100ml susu ibu/ secawan air
CARA MEMASAK:
1. Kukus atau rebus labu dengan 1 cawan air sehingga lembut lebih kurang 20 hingga 30 minit.
2. Masukkan labu yang direbus tadi ke dalam pengisar bersama susu ibu atau air.
3. Kisar halus sehingga mendapat puri yang lembut.
Info: Khasiat yang terdapat di dalam labu membantu mempercepatkan proses pertumbuhan badan bayi dan merangsang kecerdasan otak si kecil.
PURI BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
5 kuntum brokoli
100 ml susu ibu/ secawan air
CARA MEMASAK:
1. Rendam brokoli dalam air sejuk.
2. Bersihkan dan kukus sehingga lembut.
3. Kisar dengan susu ibu atau air masak sehingga halus.
Info: Brokoli dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan.
PURI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
50gm oat
1 biji kentang| dikupas dan potong kecil
1 tangkai bayam| dicuci dan mayang
50gm udang| dibuang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk.
2. Setelah kentang empuk, masukkan pula udang dan bayam. Kacau dan masak lagi.
3. Masukkan oat ke dalam pengisar bersama renehan tadi dan kisar sehingga halus.
5. Hidangkan kepada bayi apabila sejuk. Tambahkan air jika perlu.
Info: Udang boleh digantikan dengan sumber protein lain seperti ayam atau pun ikan. Jika tidak mahu merebus, tumis bahan mentah dengan sedikit minyak sehingga empuk.
Panduan mengatur jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun:
Untuk bayi 6 bulan
Susu ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.
Bubur nasi– 1 kali untuk 3-5 hari pertama. 2 kali pada minggu berikutnya, kemudian tingkatkan sehingga 3 kali. Kemudian, secara beransur-ansur, tambahkan bahan lain seperti sup stok ayam, kuning telur, puri sayuran ke dalamnya.
Puri buah atau/dan snek yang berupa biskit bayi yang dilenyek bersama susu ibu – 1 kali.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source