Pluto, Planet Atau Bukan? – The Patriots
Masa dulu, kita belajar bahawa Pluto adalah sebuah planet. Lepas tu, saintis kata Pluto bukan planet. Sebenarnya apa status Pluto? Apa yang Pluto dah buat sampaikan planet lain tak mengaku geng?
Pada ogos 2006, International Astronomical Union (IAU) memutuskan bahawa Pluto merupakan ‘dwarf planet’ atau planet kerdil. Ia tidak memenuhi kriteria seperti planet lain, tetapi ia juga tidak boleh dikategorikan sebagai bukan planet. Pengkelasan ini dibuat dengan menggariskan tiga syarat yang mesti ada untuk sesebuah jasad cakerawala itu dipanggil planet.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Apa syarat nak jadi planet?
Pertama, orbitnya mestilah mengelilingi matahari. Kedua, jirimnya mesti cukup menepati keseimbangan hidrostatik. Ketiga, orbitnya mesti ‘bersih daripada yang lain’.
Pluto memenangi majoriti, iaitu dua daripada tiga syarat tadi. Tapi, ini bukan peperiksaan SPM yang lulus kalau cukup markah. Tanpa ketiga-tiga syarat, Pluto tersingkir daripada dikelaskan sebagai sebuah planet.
Apa punca Pluto gagal?
Kasihan nasib Pluto. Semuanya berpunca daripada garisan orbitnya yang dikongsi bersama objek dari lingkaran Kuiper seperti plutinos. Keadaannya tidak sama seperti Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun yang dominan orbitnya dalam Sistem Suria.
Confirm ke Pluto tak layak dipanggil planet biasa?
Seperti yang korang tahu, Pluto memang dipanggil sebagai planet ke-9 dalam Sistem Suria sejak ia dijumpai pada tahun 1930. Namun, saintis mula mempersoalkan status Pluto selepas menjumpai planet kecil 2060 Chiron di luar Sistem Suria.
Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, lebih banyak objek angkasa seperti Pluto yang dijumpai. Ada juga planet kerdil lain yang lebih besar daripada Pluto, iaitu planet kerdil Eris.
Selepas tidak lagi dipanggil planet pada 2006, Pluto duduk sekelas dengan planet kerdil lain seperti Eris dan Ceres. Bagaimanapun, pada 2008 dan 2014, ada gesaan daripada komuniti saintis seperti Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian yang membincangkan semula status sebenar Pluto.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Sains Kuantum banyak membantu angkasa untuk merungkaikan misteri angkasa. Fakta sains yang menarik macam ni kami dah tulis dalam QUANTUM! Klik https://thepatriots.store/pt-quantum/ atau https://bit.ly/quantumshopee
Setiap pembelian anda akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
https://bit.ly/manusiasebelumadamshopee
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source