Tatap gambar, air mata Abdullah gugur
Tular sebuah video memaparkan remaja, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya dalam sebuah kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September lalu menangis tatkala meratapi gambar jenazah ibunya.
Abdullah nak tengok gambar jenazah ibu..
Momen pilu meruntum jiwa itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Nor Hila Noor Muhammad, 38, menerusi sebuah video di laman TikTok, petang semalam.
Dalam video berkenaan, Abdullah menyeka air matanya selepas melihat gambar jenazah ibunya, Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhammad yang maut dalam kemalangan selepas ditunjuk abangnya, Abdurrahman.
“Nak tengok gambar siapa dulu,”soal Abdurrahman lalu dijawab Abdullah yang mahu melihat gambar jenazah ibunya.
“Jenazah la, nampak mata ibu, lawa,”jawab Abdullah sambil menundukkan muka sambil tersenyum dan mengesat air matanya yang gugur.
Walaupun Abdullah dilihat masih tersenyum, namun jauh disudut hati pasti berasa hiba selepas mengetahui ibu bapanya sudah tiada, termasuk empat adik-beradiknya yang lain.
Artikel lain: Kerap berbual mengenai ajal, enam beranak nahas dalam kemalangan
Sebelum ini, Abdullah pernah bertanya mengenai keberadaan bapanya yang dipanggil abi, termasuk ibunya.
@rahilanoor85 ❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis
Rahsia terlerai, kini dia tahu ibu bapa dan adik2 dah tiada
Memetik laporan Harian Metro, bapa saudaranya, Mohd Hairul Noor Muhammad, 54, berasa lega apabila rahsia yang disimpan mereka selama ini terlerai apabila Abdullah sendiri mengetahui pemergian keluarganya.
“Selama ini, saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar.
“Setiap malam sebelum tidur, saya cuba bagaimana nak cerita perkara sebenar.
“Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya (Norliah Md Noh) dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.
“Sekarang hati saya sudah lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia tahu sendiri.
“Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah belum mengerti apa sebenarnya berlaku,” katanya.
Ceritanya, pada malam tadi, keluarganya menunjukkan gambar arwah ibu, abi dan adik-beradik lain kepada Abdullah ketika mereka sedang makan.
Mereka juga sepakat untuk menunjukkan gambar dalam simpanan telefon bimbit Nora Hila kepadanya.
Namun, keadaan bertambah pilu apabila Abdullah henti ketawa dan tersentak apabila abangnya, Abdur Rahman menunjukkan gambar jenazah keluarga mereka..
“Malam tadi, kami sepakat untuk menunjukkan gambar, dia pun berkata ‘itu jenazah ibu, ibu sudah tiada’. Patutlah lama dia tak datang jumpa Abdullah.
“Kami satu rumah menangis bila dia sebut ‘jenazah ibu’. Walaupun dia ketawa tetapi air mata mengalir.
“Sebenarnya dari awal kami sengaja tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya kerana kelak dia akan faham serta mengetahui perkara sebenar.
“Setiap kali pergi ziarah kubur keluarga Allahyarham, saya meluahkan apa yang perlu saya lakukan supaya Abdullah tahu yang ahli keluarganya sudah tiada,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. dan empat lagi anak mereka, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia.
Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Ketika hari kejadian, Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain, sementara Abdullah terselamat dalam nahas tersebut.
Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), TikTok @rahilanoor85
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source