Adab Umar al-Khattab Memasuki Baitulmuqaddis
Kalau Umar al-Khattab masih hidup, confirm Israel dah kena libas. Biadap, sombong dan angkuh sungguh sejak menguasai Baitulmuqaddis. Beza betul dengan adab yang ditunjukkan Umar al-Khattab semasa mengambil kota suci ini pada tahun 637.
Apa beza Umar dengan Israel?
Lebih 1300 tahun silam, Baitulmuqaddis berada di tangan Rom Byzantine. Namun, tentera Islam berjaya mengalahkan kerajaan agung ini dalam Perang Yarmuk sekaligus membuka jalan ke kota suci itu.
Setahun kemudian, tentera Islam berjaya mengepung tembok Baitulmuqaddis. Berbeza dengan perangai tentera Israel hari ini yang tidak henti-henti melancarkan letupan dan tembakan di kota suci itu, tentera Islam di masa tersebut menghormati hasrat Patriarch Sophronius.
Kenapa dia taknak menyerah?
Ketua Gereja Kristian itu enggan menyerah kalah kecuali dengan bertemu Khalifah Islam. Oleh itu, berangkatlah Umar al-Khattab dari Madinah ke Baitulmuqaddis untuk mengambil kunci kota suci.
Apa yang menarik, Umar bermusafir ke sana cukup dengan berjalan kaki. Jikalau letih, dia menaiki seekor unta yang digilirkan dengan seorang hambanya.
Apabila Khalifah umat Uslam itu tiba di pintu Baitulmuqaddis, para paderi besar terkejut dengan penampilan Umar yang bersahaja dengan jubah yang sederhana. Patriarch Sophronius tahu, inilah orang yang paling layak menjadi penguasa Jerusalem!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Apa kesan pembukaan Umar al-Khattab?
Umar al-Khattab telah memeterai perjanjian damai yang menjanjikan keamanan buat semua bangsa dan agama. Bahkan, kaum Yahudi yang telah dihalau Empayar Rom sebelum ini, mula dibenarkan menjejakkan kaki dan beribadah di Tembok Ratapan serta al-Haram Syarif.
Dapat kat Israel, terbalik pula dibuatnya! Habis kacau-bilau Baitulmuqaddis! Apa yang pasti, kebiadaban Israel takkan boleh disamatarafkan dengan ketinggian adab Umar al-Khattab ketika membuka Masjid al-Aqsa.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Cerita pasal peperangan Palestin-Israel teringat novel DENDAM BAKAR, tentang seorang lelaki yang nak menegakkan keadilan.
Kalau nak beli novel ni, setiap pembelian korang akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin!
https://bit.ly/40FLVup
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source