Tahanan meninggal dunia di lokap IPD Sabak Bernam
PETALING JAYA: Seorang tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, IPD Sabak Bernam meninggal dunia semalam selepas sehari ditangkap, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Azri Ahmad.
Beliau berkata, orang kena tangkap (OKT) berusia 49 tahun itu ditemukan dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri pada 27 Okt, 3.30 pagi selepas ditahan pada 26 Okt di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.
“Pihak hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pada jam lebih kurang 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas OKT serta mengesahkan kematian,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan.
“Punca kematian masih ‘pending laboratory investigation’ (menunggu siasatan makmal),” katanya.
Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source