La Luna bukan sekadar komedi biasa, angkat tema cinta & perubahan masa
Filem hasil kerjasama Singapura dan Malaysia, La Luna akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9 November ini.
Bawa mesej pemerkasaan wanita
Bukan sekadar filem komedi biasa, La Luna membawakan satu mesej hebat di mana sisi pemerkasaan wanita diketengahkan sambil disulami dengan lawak jenaka.
Mesej yang disampaikan melalui filem ini perlu dihadam dan diperhalusi dalam momen-momen yang dipaparkan secara santai.
Menurut pengarah M. Raihan Halim, filem ini merupakan satu perjalanan yang sangat mengujakan, menyedihkan, mencabar dan menggembirakan.
“La Luna… mengenai perubahan masa. Manusia patut berubah, patut berkembang. Kadang kala, kalau kita tidak berubah, kita akan tersekat. Ia sangat bahaya kerana perubahan dalam kehidupan ini tidak dapat dielakkan,” katanya.
Filem ini juga telah ditayangkan di pentas antarabangsa menerusi tayangan perdana dunia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo di Jepun pada 24 Oktober lalu.
Menerusi pentas antarabangsa ini, La Luna terpilih dalam kategori ‘Asian Future Section’ dimana tersenarai antara 10 filem yang dipilih untuk bersaing bagi kategori Anugerah Filem Terbaik Akan Datang Asia.
Tambahan pula, filem ini juga telah ditayangkan di Jakarta Film Week baru-baru ini.
La Luna dibintangi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source