Setiap kali ‘period’ ada ramai wanita yang mengalami masalah seperti rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Selain rasa sakit di bahagian bawah perut, ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian belakang serta tengah pinggang.
Selalunya kesakitan ini bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid dan akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana. Ramai wanita masih boleh mengabaikannya tetapi ada juga sesetengahnya yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Lalu apakah penyebab sakit belakang ini sebenarnya? Ini perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.
Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.
Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat seingga mengganggu aktiviti seharian.
JADI APAKAH PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAID?
Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.
Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan sahaja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.
Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.
Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk antaranya:
1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
5. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ia bukan sahaja membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh tetapi juga mampu menaikkan seri pada wajah.
Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad Top image: Freepik
Baca artikel lain di sini: Anak Mengadu Sakit Belakang Bukan Perkara Biasa, Doktor Kongsi Kesannya!
Sakit Belakang Masa Mengandung, Ini Punca & Cara Atasi. Ibu Hamil Kena Peka!
Siapa Beranak Secara Caesarean Memang Tahu Azab Sakit Belakang Sekitar Bekas Bius
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source