“Kita Dah La Cepat Nervous” Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah!
Meconium Aspiration Syndrome merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Kerap kali kita mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelahiran. Dalam terma perubatan, ia dipanggil Meconium Aspiration Syndrome.
Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri daripada sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Dan selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Dalam kes tertentu, bayi membuang air besar ketika masih di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang megalami fetal distress akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri.
Bayi tertelan mekonium
Apabila mekonium dikeluarkan dan bebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang menyambut kelahiran bayi akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium.
Bayi kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN).
Siapa berisiko?
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan adalah seperti berikut:
- Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri lebih matang. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium menjadi pekat. Oleh itu Meconium Aspiration Syndrome lebih kerap terjadi kepada kandungan yang lebih hari berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
- Jangkitan kuman kepada ibu.
- Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil.
- Ibu yang menghadapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar.
- Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
- Ibu yang merokok dan mengambil dadah.
Impak kepada bayi
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah:
- Mekonium boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat. Secara tidak langsung paru-paru terlampau berkembang sehingga menyebabkan pneumothorax iaitu keadaan di mana paru-paru bocor.
- Meconium Aspiration Syndrome juga boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di paru-paru atau PPHN. Oleh itu bekalan darah ke paru-paru berkurangan menyebabkan bayi sukar bernafas.
- Walaupun mekonium itu steril, kehadirannya di dalam saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan/ keradangan paru-paru (pneumonitis).
- Di dalam situasi yang jarang berlaku, Meconium Aspiration Syndrome yang teruk boleh menyebabkan kurang bekalan oksigen ke otak bayi.
Langkah pencegahan
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi yang tergolong sebagai berisiko tinggi, anda perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula daripada minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama adan dan suami menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source