Farha, Terusirnya Arab Palestin Di Hari Nakba 1948
Tak lama dulu, Netflix keluarkan sebuah filem Jordan yang paparkan pengalaman seorang gadis Palestin yang alami sendiri tragedi Nakba pada 1948.
Korang pernah tengok tak?
Kalau pernah tengok mesti meremang dan rasa anxiety kan?
Kita pendekkan cerita.
Farha ni nak sambung belajar kat bandar tapi semuanya musnah bila serangan mengejut dibuat rejim Zionis Israel.
Farha sempat disembunyikan ayahnya nampak segala pembunuhan kejam termasuk seorang bayi yang baru lahir.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Filem ni diadaptasikan daripada pengalaman mangsa yang terselamat daripada tragedi tu. Nakbah jadi mimpi ngeri setiap penduduk Palestin.
Pada 1947, Mandat Palestin yang dibuat British tamat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tubuhkan jawatankuasa khas yang membawa kepada Resolusi 181.
Palestin dibahagikan kepada 2, 1 wilayah menjadi negara Yahudi dan 1 wilayah lagi menjadi negara Arab. Jerusalem diletakkan di bawah penjagaan antarabangsa.
14 Mei 1948, David Ben-Gurion isytiharkan secara rasmi penubuhan negara Israel. Berikutnya pada 15 Mei, Israel semakin mengganas apabila mereka mula menyerang Jaffa dan halau penduduk keluar dari tanah mereka.
Macam mana yang dilalui Farha, macam tu jugak lah rakyat Palestin rasa bila dihalau dan dibantai sampaikan lebih 750,000 hilang tempat tinggal dan jadi pelarian.
Tarikh 15 Mei diingati sebagai titik mula kepada penderitaan rakyat Palestin dan dikenali sebagai hari Nakbah oleh rakyat Palestin.
Kalau nak tau, filem ni turut didesak netizen Israel untuk dibuang dari Netflix. Tapi sampai sekarang masih kekal dan korang masih boleh tengok sekarang di Netflix.
Oleh: Azizul Farhan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source