Sosej Homemade Selamat Dimakan Tanpa Pengawet. Sedap & Sihat!
Dari pasar malam hingga restoran mewah, sosej adalah sebahagian dari menu masyarakat Malaysia, sering kali dihidangkan sebagai sosej goreng, sosej dalam hotdog, atau bahkan sebagai lauk dalam nasi lemak.
ARTIKEL BERKAITAN : Tip Goreng Sosej Cantik Kejadiannya. Tak Kecut & Berkedut
Namun, sosej yang kita beli di pasaran bukanlah daging sebenar. Sosej di pasaran adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri yang tidak sihat.
Kali ini, REMAJA kongsikan resipi buat sendiri sosej di rumah dan pastinya dijamin selamat. Bukan itu sahaja, sosej homemade ini juga sangat menjimatkan dan paling penting memang sedap.
Sosej Homemade
Bahan-Bahan:
- Isi ayam
- Lobak merah
- Daun bawang
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- Black pepper
- White pepper
- Minyak bijan
Cara-Cara:
– Kisarkan isi ayam bersama lobak merah, daun bawang, tepung gandum, tepung jagung, black & white pepper dan minyak bijan.
– Kisar sehingga dapat tekstur yang lembut dan cantik seperti ini. Kemudian boleh letakkan dalam cetak sosej.
– Kukus sosej tadi lebih kurang 20 minit dan boleh digoreng juga selepas itu.
Sumber: @lovelittletummy
Boleh la buat sendiri dan makan bersama keluarga time tonton netflix. Mesti tak sedar, habis je sosej ni.
ARTIKEL BERKAITAN : Risiko Kanser Usus, Ini 5 Sebab Sosej Tidak Boleh Diambil Selalu
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source