Tular video pemandu treler muda & kacak, tiba2 ramai yang teringin naik lori
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video memperlihatkan pemandu treler kacak yang mengendali kenderaan berat itu berlegar-legar di media sosial.
Ada yang offer diri nak jadi kelindan
Pastinya posting tersebut menjadi pebualan ramai dan ada juga yang berseloroh mahu menjadi kelindan bagi menemani pemuda berkenaan ketika bekerja.
Azam 2024 nanti rasanya nak jadi kelindan lori pulak la pic.twitter.com/7ae9defD2H
— ALAN (@IniAlalalannn) November 5, 2023
Pemandu treler kacak post video di TikTok
Pemandu treler yang dikenali sebagai Iman Alif itu dilihat meninggalkan kapsyen seakan bertanya siapakah yang akan menanti kepulangan diri beserta hashtag #pejuangringgit dan #pemudakurangtidur menggambarkan pekerjaan yang sedang dilakukan saat ini.
@imanalif.__ sape yang nak menanti kepulangan kite? #pejuangringgit #pemudakurangtidur
Pemandu treler akui terima banyak mesej dari lepas viral
Ternyata posting tersebut telah tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen terutamanya warganet wanita yang tertarik dengan penampilannya.
Susulan daripada itu, memetik laporan dari Mstar, Iman Alif mengakui bahawa menerima ratusan mesej (DM) dan kenaikan follower di media sosial setelah perkongsiannya viral.
“Saya terima banyak mesej nak berkenalan. Ada ratus-ratus direct message (DM). Followers di Instagram yang ratus-ratus pun naik sampai 2,000. Di TikTok juga sampai 7,000 lebih,” ujarnya.
“Yang mesej bukan-bukan pun ada. Saya belum ready lagi nak berkenalan. Walaupun target nak kahwin umur 25, tapi setakat ini saya belum ada calon,” ujarnya berseloroh.
Pilih kerja dalam bidang itu kerana mahu sambung legasi bapa & abang
Menurut pemuda berusia 22 tahun ini, dia memilih kerjaya berkenaan kerana ingin menyambung legasi bapa dan abangnya yang juga seorang pemandu lori.
Dia yang baru sahaja bekerja sebagai pemandu lori kontena itu turut memberitahu telah mendapat lesen memandu kenderaan berat pada usia 21 tahun.
“Saya baru saja bekerja bekerja sebagai pemandu lori sejak enam bulan lalu. Sebelum ini saya kerja kilang di Pulau Pinang selama dua tahun.
“Memang sejak kecil suka main lori mainan. Dalam keluarga saya juga ada pemandu lori iaitu ayah dan abang. Dah terbiasa ikut ayah bekerja dulu. “Saya ambil lesen lori pada umur 21 tahun. Walaupun ramai kata susah, tapi Alhamdulillah, saya rasa biasa saja. Dalam sebulan lebih saya dah dapat lesen” ujarnya.
Kawan kata muka tak sesuai bawa lori
Menurut anak jati Kulim, Kedah berkenaan, dia juga tidak menyangka video-video ketika memandu lori yang dikongsi menerusi TikTok akan meraih sehingga ratusan ribu tontonan.
“Sebelum ni saya tak expose hal kerja. Tapi ada orang tak percaya saya bawa kontena. Jadi saya kongsi video di TikTok. Tiba-tiba viral. Alhamdulillah, komen semua positif.
“Ada juga kawan yang cakap muka saya ni tak sesuai bawa lori. Tapi memang ini minat saya. Pendapatan pun berpadanan dengan penat lelah bekerja tak balik rumah sampai seminggu.
“Saya kerja di Shah Alam, Selangor. Biasanya saya buat penghantaran baja ke seluruh Malaysia,” ujar Iman.
Artikel lain: Ramai nak jadi pemandu lori selepas lelaki tunjuk slip gaji RM8k
Dalam pada itu, pemuda berkenaan juga sempat menasihati anak muda yang mahu bekerja dalam bidang sama sepertinya supaya mempersiapkan diri sebaiknya kerana pasti akan ada cabaran tersendiri.
Dia juga sempat berkongsi cerita bahawa pernah diganggu sekitar jam empat pagi di kawasan Rawar dan Rehat (R&R) apabila terasa seperti ditarik oleh seseorang dibahagian kaki ketika berhenti untuk tidur sebentar.
Ada yang nak jadi kelindan
Menjengah ke ruangan komen di TikTok pemuda itu, pelbagai maklum balas diterima dan pastinya ramai yang berseloroh teringin menaiki lori selepas melihat pemandu treler kacak berkenaan.
Ramainya teringin naik lori
Ada yang ajak kawan2 juga
Sumber: X IniAlalalannn, TikTok ImanAlif._, Mstar
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source