Caprice langsaikan denda RM1,000 jurutera conteng tembok Kedutaan Amerika
Selebriti dan juga aktivis terkenal, Caprice telahpun menyelesaikan denda yang dikenakan terhadap seorang jurutera selepas mengaku bersalah menconteng dinding bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.
Denda RM1,000 settle!
Menerusi posting yang dibuat pemilik nama sebenar Ariz Ramli di Instagram, dia sudapun membuat transaksi kepada Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 22 sebanyak RM1,000 baginya membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.
Caprice puji pemuda berani
Caprice juga sempat memuji pemuda terbabit kerana berani melakukan tindakan tersebut dan menyatakan yang akan sentiasa berada di belakang mereka yang bejuang demi Al Aqsa.
Sebelum ini, selebriti terbabit telah memuat naik semula video menunjukkan jurutera terbabit yang keluar dari ruangan mahkamah selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan denda diatas tindakannya yang conteng tembok Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), hujung bulan lalu.
Terbaik la Caprice!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Caprice dalam membantu pemuda terbabit menyelesaikan denda diatas kesalahan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang berharap agar netizen tidak salah faham dengan Caprice memandangkan dia membantu pemuda terbabit kerana semangat juang dalam menentang penjajah dan bukannya membenarkan kesalahan yang dilakukan.
Semangat juang tinggi ni
Memang berani adik ni
Caprice bukan galak orang buat salah, dia nak tunjuk jangan main2 dengan orang Malaysia
Terdahulu, Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah didakwa melakukan khianat dengan merosakkan harta benda kepunyaan Kedutaan Besar AS dengan cara menconteng perkataan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat berwarna merah sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM200.
Tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut di tembok luar bahagian utara bangunan kedutaan besar itu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 pagi pada 28 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source