Hamas Letupkan Kereta Kebal Israel
Hamas mungkin tidak mempunyai kelengkapan canggih atau dana yang besar. Namun, baru-baru ini mereka telah membuat kejutan dengan meletupkan kereta kebal Merkava milik Israel!
Apa taktik Hamas guna?
Pengkaji ketenteraan kata, taktikal Hamas banyak dipakai semasa Perang Dunia Kedua. Mungkin korang yang main game Call of Duty boleh relate. Memang pejuang Islam ni berani mati sebab berani serbu kereta kebal.
Daripada video yang ditularkan oleh Hamas, kita boleh melihat dari mata seorang pejuang yang sedang bersedia untuk menyerang dari balik semak. Secepat kilat, mujahidin itu berlari dan memasang IED explosive yang mudah meletup di sisi muncung kereta kebal. Bahan letupan itu diperbuat daripada rocket-propelled grenade (RPG).
Mujahidin itu segara berpatah balik dan mengeluarkan senjata Al-Yassin-105. Tembakan itu mengena pada peranti yang dipasang dan letupan besar pun terhasil. Korang boleh melihat api yang marak menjulang dari kereta kebal Merkava yang terbakar.
Israel cuak?
Gilalah kalau tak cuak. Mereka sangka dengan persenjataan terbaik dan jutaan dana dari Amerika sudah memadai untuk membakarhangus bumi Gaza. Namun, mereka silap. Tidak mudah mengalahkan pejuang Islam yang dibantu Tuhan.
Apa keistimewaan Gaza?
Pengkaji sudah mengandaikan, untuk Israel memenangi peperangan ini, mereka perlu bersedia untuk pertempuran di dalam bandar yang padat. Ala-ala perang gerila. Gaza juga dipenuhi dengan terowong bawah tanah yang mebolehkan mujahidin untuk muncul di tempat strategik.
Seberapa mahal Merkava?
Sebiji kereta kebal Merkava mencecah $3.5 juta sehingga $10 juta.
Mungkin sukar untuk Hamas memenangi peperangan ini. Akan tetapi, Palestin jangan putus harapan. Apatah lagi setelah melihat taktikal Hamas yang terkehadapan. Kerugian Israel dalam kempen peperangan yang mencecah jutaan dolar ini akan mendesak pembuat dasar untuk mempersoal: “Apakah respon agresif ke atas bumi Gaza ini masih relevan?”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source