Hadirnya bulan Disember pada setiap tahun pastinya membangkitkan rasa festivities dalam diri semua remaja.
Tak kiralah sama ada korang menyambut musim perayaan seperti Hari Natal ataupun sekadar menikmati musim cuti akhir tahun ini, kita semua mempunyai alasan untuk menceriakan lagi koleksi pakaian peribadi dengan sesuatu yang baru (dan Limited Edition!).
Nah, ini 5 jenama pakaian pilihan REMAJA yang menyediakan koleksi istimewa untuk korang miliki.
H&M Holiday 2020
Untuk musim perayaan 2020, H&M inginkan korang kelihatan chic & timeless walaupun dengan fabrik sustainable. Sudah tentu semua orang pun inginkan keselesaan semasa bersama keluarga dan kawan-kawan kan. Well, korang boleh kekal selesa dengan H&M tapi masih kelihatan fashionable.
Beberapa elemen yang penulis gemari adalah lengan ala balloon-sleeves pada wrap dress dan kardigan kait dengan sentuhan batu embellishment yang boleh dibawa dari siang ke malam.
Favourite Piece: Oversized blazer
Status: Sudah berada di stor & secara online.
Uniqlo x Marimekko Limited Edition Holiday Capsule
Selepas permintaan hangat untuk koleksi Marimekko, pertengahan tahun ini, Uniqlo sekali lagi berkolaborasi bersama jenama fesyen Finland itu untuk koleksi percutian edisi terhad.
Bertemakan ‘Joyful Together’, ia masih mempunyai trademark minimal Uniqlo dan 9 jenis cetakan ikonik Marimekko yang digemari ramai demi meraikan masa bersama-sama cuti ini walaupun berdepan dengan tahun yang mencabar.
Koleksi ini mempunyai pelbagai pilihan untuk semua orang. Ada dress paras lutut, turtleneck, boxy cut tops, dan juga dress tanpa lengan. Dan ia didatangkan dalam cetakan Marimekko yang kita semua gemari.
Favourite Piece: Flannel Long Sleeve Dress
Status: Mula berada di stor Uniqlo Fahreinheit 88 & secara online pada 27 November (Jumaat)
COACH Holiday 2020
Korang gemarkan fabrik mewah, warna terang dan sedikit elemen yang fun pada pakaian dan aksesori? Coach mengambil kesemua poin itu uuntuk dijadikan sebagai satu koleksi musim percutian yang kreatif dan lain daripada apa yang pernah mereka hasilkan.
Penulis tertarik dengan keputusan Coach untuk menjadikan ‘rumah asalnya’, New York City sebagai elemen utama untuk koleksi ini. Tertera pada tas tangan, sweater dan hoodie reka bentuk bangunan pencakar langit yang menjadi identiti metropolitan terkenal itu.
Favourite Piece: New York Skyline Sweater
Status: Koleksi COACH Holiday 2020 telahpun berada di semua stor Coach seluruh negara bermula 15 November lalu.
Milin x Pomelo Holiday
Selepas memperkenalkan koleksi kolaborasi menarik bersama Barbie baru-baru ini, Pomelo kembali lagi dengan koleksi bersama satu lagi nama ikonik, iaitu pereka dari Thailand bernama Milin Yuvacharuskul.
Pomelo menawarkan rangkaian pilihan yang membuatkan korang kelihatan lebih luxurious dan bersedia untuk step out with your fashion forward feet. Untuk pengetahuan, Milin merupakan jenama yang telah menemui platform fesyen tempatan dan antarabangsa dengan identitinya sebagai pereka partywear.
Favourite Piece: Jaket dengan perincian tassle.
Status: Koleksi Milin x Pomelo kini boleh didapati secara online di pomelofashion.com
Nike Blazer
Bukan baju blazer ya girls!
Nike Blazer merupakan di antara koleksi sneakers yang popular dimiliki oleh semua remaja di luar sana, dari pemain bola keranjang sehinggalah skaters. Ia digemari disebabkan oleh rekaannya yang clean dan klasik, sesuai untuk digayakan dengan apa-apa jenis pakaian dan untuk pelbagai tujuan.
Nike Blazer Mid ’77 dan Nike Blazer ’77 Vintage memperlihatkan mood yang lebih ol’ shool. Pilih sahaja kombinasi warna mengikut citarasa masing-masing. Yang penting, koleksi Nike Blazer dijamin selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Favourite Piece: Seleksi Nike Blazer Mid ’77 putih.
Status: Nike Blazer boleh didapati di laman web Nike.com dan di stor Nike terpilih.
ONITSUKA Tiger Holiday 2020
Last but certainly not least, Onitsuka Tiger baru-baru ini melancarkan koleksi DENTIGRE LL.
Sedikit berbeza dengan rekaan standard Onitsuka Tiger yang selalunya lebih santai dan kasual, koleksi kali ini menyerlahkan rekaan kasut berpotongan tinggi dengan campuran material pada bahagian atas, lidah kasut dan tapak luarnya yang lebih tebal daripada biasa.
Jika korang tidak begitu meminati potongan hi-cut seperti ini, DENTIGRE juga didatangkan dalam versi potongan rendah (DENTIGRE LL). Pilih sahaja daripada rangkaian warna kelabu, biru peacoat dan hijau.
Favourite Piece: DENTIGRE LL (hitam)
Status: Koleksi Dentigre boleh didapati di butik terpilih Onitsuka Tiger.
*
*
Ini pula koleksi solekan edisi percutian untuk tahun ini, check it out!
4 Set Mekap ‘Festive Season’ Kembali Semula Untuk Akhir Tahun, Comelnya!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source