Contact Lens Jadi Penambah Seri Atau Perosak Gaya, 6 Trik Kena Tahu!
Pusingan preliminary pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang berlangsung sebentar tadi telahpun dilaksanakan dengan penuh elegan oleh wakil Malaysia, Lesley Cheam Wei Yeng.
Dalam pusingan awal pakaian mandi, wakil dari 85 buah negara yang bertanding telahpun diberikan tugasan untuk menghiaskan fabrik cape putih dan ia dipadankan dengan persalinan pakaian mandi peserta.
Bagi tugasan ini, organisasi Miss Universe Malaysia dan Lesley telahpun menjalin kolaborasi bersama artis tempatan, Nini Marini dan maka terhasillah rekaan yang diberi judul ‘Cape of Kindness’.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Ada Calon Yang Baik,” – Elaine Daly Berkongsi Kisah Tentang Hatta Dolmat, Lesley Cheam Dan Kerjaya – REMAJA
Lesley nyata tidak mengecewakan dalam pusingan pakaian mandi apabila memberikan persembahan penuh bertenaga selepas sesi memperkenalkan nama negara masing-masing.
Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pertandingan beralih kepada pusingan gaun malam pula. Rakan media terlebih dahulu pernah dimaklumkan mengenai persediaan sepersalinan ‘gaun rahsia’ atau secret gown oleh pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat sewaktu acara pengenalan kostum nasional yang juga direka olehnya, tempoh hari.
Akhirnya, pengikut ratu cantik di Malaysia dapat juga menyaksikan rekaan yang dimaksudkan oleh Hatta tersebut. Cantik terletak pada tubuh Lesley, gaun serba metalik dengan perincian batuan pada bahagian torso dan kain telus pandang pada bahagian bawah menaikkan seri wakil Malaysia itu.
Tambah ‘mengejutkan’ lagi apabila Hatta dan pasukan organisasi memilih aksesori kepala persis Ferroniere; sejenis aksesori kepala dengan perincian batuan permata yang terkenal dalam kalangan wanita bangsawan Itali sekitar abad ke-15.
Populariti Ferroniere kemudian dikembalikan pada abad ke-19 di mana ia selalu digayakan bersama gaun malam formal ataupun gaun perkahwinan seperti yang pernah disaksikan pada majlis Kim Kardashian, satu masa dahulu.
Berbalik kepada gaun malam yang disarungkan oleh Lesley ini, aksesori kepala tersebut nyata mendapat respon bercampur-baur daripada peminat ratu cantik. Namun pada hemat REMAJA, ia berjaya menaikkan seri rambut mengurai, solekan dramatik dan gaun rekaan Hatta Dolmat yang dipersembahkannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah Terfikir Nak Melepaskan Takhta,” – Pembuli Siber Tidak Berjaya Patahkan Semangat Lesley Cheam – REMAJA
Terdahulu, Lesley dan para wakil Miss Universe 2022 lain telahpun melalui pusingan temuduga tertutup dengan barisan panel yang dilantik oleh organisasi semalam.
Maka kini, keputusan sama ada Lesley mampu mengorak langkah menyertai Top 16 pada 14 Januari ini terletak dalam tangan mereka yang profesional. Moga-moga, rezeki di pentas Miss Universe berpihak kepada Malaysia pada kali ini.
BACA LAGI: [FOTO] Ratu Dari Asia Menonjol Dalam Persalinan Berkonsep Tradisional Termasuklah Malaysia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source