Wajah nampak seram? Netizen samakan pembaca berita dengan hantu ‘Suzana’
Sejak semalam, tular di media sosial video pembaca berita saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) menyampaikan berita dengan mengenakan makeup yang berlebihan sehingga terlihat kurang sesuai.
Mana dapat video macam ni?
Perkara tersebut dikongsikan satu akaun TikTok dikenali sebagai syukfendi2 apabila menyelar teknik solekan yang digunakan sewaktu mendandan wanita terbabit sehingga terlihat seperti watak dalam filem seram berjudul Suzana.
Pembaca berita dijadikan bahan gurauan netizen
Susulan daripada itu, pembaca berita yang dikenali sebagai Nor’ Amalina Abdul Halim telah dijadikan bahan gurauan di media sosial lebih-lebih lagi apabila ada yang menyatakan yang mereka terkejut dengan makeup yang begitu menakutkan.
Dapat dilihat yang solekan di bahagian mata, dan bibir sangat dominan sehingga wajah asal wanita berkenaan nampak berbeza. Namun, tindakan pengguna TikTok berkenaan memuat naik semula potongan rakaman berita terbabit kurang disenangi netizen di media sosial.
Pembaca berita terlihat biasa sahaja, bukan seperti hantu
Susulan daripada itu, rakan kepada pembaca berita terbabit telah meminta agar pengguna TikTok berkenaan tidak menabur fitnah kerana apa yang dipaparkan tidak sama seperti realitinya.
Sebenarnya, Nor’ Amalina terlihat biasa sahaja dengan solekan yang tidak berlebihan dan wajahnya di kaca televisyen juga nampak cantik.
@ohnanadadada Replying to @syukfendi Bukan salah pembaca berita or salah MUA. Tapi salah kau sendiri sengaja tabur cerita nak fyp sangat, sampai jadi bahan fitnah. Kau better tukar hp or tv zaman 80an kau tu ya. Merangkaklah esok nak minta maaf sebar muka orang jadi macam tu. Padahal orangnya cantik, make up pun elok. Kerja awak sebar muka orang je, muka sendiri mana? Pengecut. Astaghfirullah. #fypシ #fypage #fyphariini #fypmalaysia
Artikel lain: ‘Sembur’ pembaca berita ketika live, Hattan tak berminat nak ulas
Dah salah tahu pula delete, minta maaf
Susulan daripada itu, pengguna TikTok yang menularkan wajah Nor’ Amalina yang dikatakan mirip Suzana itu telah memohon maaf diatas tindakannya dan hanya bergurau dengan wanita terbabit.
Dia juga mengakui silap serta mengatakan segala yang buruk datang daripada kita dan baik daripada Allah S.W.T.
Sumber: TikTok syukfendi, ohnanadadada
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source