Nabi Isa (as) Dibunuh Oleh Yahudi?
Nabi Isa (as). Apa yang baginda ada selain mukjizat yang hebat?
Baginda langsung takde tentera.
Tapi pengaruh baginda dah buat Rom dan Yahudi cuak nak mati.
Kita bercerita dari naratif Judaism dan Kristian.
Nabi Isa (as) berdakwah dengan mukjizat selama bertahun. Baginda dapat begitu ramai pengikut.
Kalangan Yahudi sangat sayang baginda sampai gelar baginda “Moschiach” (al-Masih). Ini yang buat rabai-rabai agung Yahudi gelabah.
Para rabai agung ni nampak Nabi Isa (as) sebagai ancaman. Benaknya pergi sangka baginda ancaman.
Kalau tengok dari sisi diorang, memang diorang jeles la sebab baginda ada kitab sendiri, baginda lebih faham hukum-Nya dan diorang tak boleh berdebat dengan baginda.
Jadi diorang nampak satu cara terbaik nak hapuskan Nabi Isa (as). Baginda mengakui diri baginda “King of Jerusalem.”
Benda ni sangat sensitif. Rom tak suka. Rom dah serabut uruskan bangsa Yahudi kat situ. Datang pulak Nabi Isa (as) yang bagi Rom adalah seorang perosak keamanan.
Maka para rabai agung berpakat dengan Judas dengan rasuah sebanyak 30 kepingan perak. Judas ni pun pergi jual Nabi Isa (as).
Nabi Isa (as) ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Para rabai agung bersidang dalam Mahkamah Sanhedrin dan mendapati baginda bersalah. Terus dijatuhkan hukuman bunuh.
Tapi Sanhedrin takde kuasa nak kuatkuasakan. Maka diorang hantar baginda ke Gabenor Pontius Pilate.
Pendek cerita kena jugak jatuhkan hukuman mati. Baginda dibawa ke sebuah tiang salib untuk menjalani hukuman.
Menurut sudut pandang Islam: Nabi Isa (as) diselamatkan di antara ‘bermulanya rancangan jahat Sanhedrin’ dan ‘penyaliban’.
Ada seorang yang menyerupai baginda disalib pada hari tu. Ada yang cakap Judas. Ada juga yang cakap seorang lelaki bernama Sergius. Dan ada yang cakap Simon of Cyrene.
Yang penting, kita percaya baginda tak disalib. Tapi ada sisi menarik sebenarnya.
Agama Kristian sedia ada terbentuk lama selepas peristiwa ni.
Ada satu cabang di zaman pra-Kristian percaya baginda Isa (as) tak dipalang pada salib. Orang lain yang dipalang.
Seorang pengkaji bernama Oddbjorn Leirvik dapati ada persamaan antara Qur’an dan cabang ni.
Ada penulis Kristian iaitu John of Damascus baca Surah an-Nisa Ayat Ke-157 yang berfirman “[Yahudi] tak bunuh apatah lagi menyalib baginda” dan “[Yahudi] tak sama sekali bunuh baginda.”
John berpendapat Qur’an cakap betul. Yahudi tak salib baginda. Rom yang salib baginda. Kira betul lah tu.
Jadi bagi John, baginda Isa (as) memang disalib kat situ. Tapi bangangla kita kalau dengar cakap John ni sebab semua ulama’ dah jelas bab ni.
Agama Kristian percaya baginda wafat dan kemudian dikebumikan sebelum hidup semula untuk naik ke syurga menanti masa kedatangan semula.
Agama Islam percaya baginda tak disalib. Ada orang lain disalib dan baginda diangkat ke syurga menanti masa kedatangan semula.
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis ketika di bawah kekuasaan Rom? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN ROM. Dapatkan segera!
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source