AI Faham Tulisan Skrol Purba?
Letusan Gunung Berapi Vesuvius pada 79 M di Itali menenggelamkan bandar Rom purba Pompeii dan Herculaneum dalam lumpur gunung berapi.
Herculaneum kekal tertimbus sehingga penemuan semula bandar tu secara tak sengaja oleh seorang pekerja yang menggerudi telaga pada awal 1700-an.
Kira-kira 1,100 skrol yang terselamat yang dikenal sebagai skrol Herculaneum ditemui dari sebuah tapak bangunan yang dipercayai rumah bapa mertua Julius Caesar.
Skrol ni dah berusia hampir 2,000 tahun tapi tulisan diatasnya hampir tak boleh dibaca oleh mata manusia sehingga hari ini.
Oleh sebab tu, pasukan penyelidik jalankan satu pertandingan menggunakan teknologi AI “Vesuvius Challenge” untuk mempercepatkan penemuan yang dibuat pada skrol.
Hasil pertandingan ni, diorang berjaya temui perkataan, “πορφυρας” atau “porphyras,” iaitu perkataan Yunani untuk ungu.
Perkataan ni ditemui pertama kali oleh pelajar sains komputer Universiti Nebraska Luke Farritor.
AI ni berjaya baca tulisan ni melalui teknik “Virtual Wrapping.” Virtual Wrapping ni dimulakan dengan topografi komputer iaitu imbasan x-ray terhadap skrol tu.
Teknologi ni asalnya dicipta oleh profesor sains komputer Universiti Kentucky Brent Seales dan telah dibangunkan selama hampir 20 tahun sekarang.
Hadiah utama Vesuvius Challenge ni berupa $700,000 untuk pasukan pertama yang dapat baca empat petikan yang panjangnya minimum 140 aksara. Dan ia masih tersedia untuk direbut!
Kalau korang mahir AI, try la masuk. Mana tau dapat hadiah tu.
Teringin nak tau pasal kerajaan purba Eropah? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH segera!
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source