Sekali lagi, dunia hiburan negara terpalit dengan isu ‘lawak lucah’ yang difikirkan kelakar oleh segelintir pemain industri lelaki. Seakan tidak belajar daripada kes-kes lampau di mana perkara seperti rogol dan isu seksual dijadikan sebagai bahan kelakar.
Susulan video temubual membabitkan pelakon, Fauzi Nawawi yang sakan bercerita mengenai pengalaman melakonkan adegan aksi rogol bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal 14 tahun lalu, ramai yang mengecam tindakan Fauzi, pengacara program iaitu Shuk Sahar dan Khir Rahman serta beberapa lagi panel jemputan seperti dalam video tersebut.
Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
— Yan (@FayyanFreaks) October 19, 2021
Golongan selebriti yang boleh diibaratkan senior seperti mereka ini seharusnya boleh dijadikan contoh dan ikutan baik kepada masyarakat jika diukur daripada usia serta pengalaman yang mereka miliki. Tapi lain pula jadinya setelah mereka galak membuka cerita mengenai adegan filem yang tidak seharusnya kembali sakan diceritakan.
Bukan hanya masyarakat yang tampil mengecam perbuatan itu. Malah semakin ramai selebriti yang menolak ‘bahan lawak lucah’ atas dasar menghiburkan penonton di rumah. Sejak semalam, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati solidariti dalam kalangan artis semakin meningkat.
Penyanyi rap popular, Joe Flizzow berpendapat artis dan pengacara TV yang merasakan isu rogol dan gangguan seksual itu adalah sesuatu yang kelakar harus ‘berhenti’ saja daripada terus berkarya dalam industri seni. Ini kerana isu ini tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Joe berkata, “Pakai otak sikit korang ni, role model tidak sepatutnya promote isu bodoh macam ini. Ini bukan budaya yang sepatutnya ada di Malaysia. Jangan rosak pemikiran.”
Bagi penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Daiyan Trisha pula, ini sudah menjadi satu isu sosial yang besar dan tidak boleh dianggap sebagai normal. Apatah lagi apabila ia diperbincangkan secara terbuka di kaca televisyen seperti ini dengan gaya tidak menghormati kaum wanita.
Kongsi Daiyan sekitar setahun yang lalu menerusi temubual bersama program Melodi, dia telahpun menggalakkan rakan-rakan selebriti lelakinya untuk menggunakan platform dan populariti mereka bagi mendidik pengikut lelaki mereka agar mencegah perbuatan rogol.
“Saya selalu nampak rakan perempuan saya seperti Sharifah Amani dan Yuna menggunakan platform mereka, tapi saya tak nampak lelaki berbuat sedemikian. Saya rasakan lebih penting untuk lelaki mengawal nafsu mereka berbanding wanita yang diminta untuk berjaga-jaga sentiasa. Ini adalah isu sosial, bermakna kita kena sama-sama mainkan peranan untuk mencegah.”
Catat Daiyan lagi, “Jika kamu benar-benar menghormati wanita, perbincangan seperti (dalam temubual tersebut) dengan cara itu tidak patut berlaku sama ada secara terbuka atau tertutup.
Pelakon berkaliber, Bront Palarae juga tidak bersetuju apabila topik rogol kerapkali dijadikan bahan lawak.
“Tiada kata-kata yang mampu menutup rasa kesal. Kita perlu menjadi lebih baik daripada ini.”
Pelakon senior seperti Fatimah Abu Bakar dan Susan Lankester juga tidak teragak-agak untuk mengecam perbuatan ‘artis senior lelaki’ yang terbabit.
“Lawak lucah tak kelakar, tak macho! Memalukan diri sendiri adalah. Dah banyak kali cakap, buat lagi. Tak tahulah macam mana lagi nak kata,” catat ‘Ibu Fati’.
Seorang lagi selebriti terawal yang bertindak untuk menyuarakan kekesalan mereka apabila isu bahan lawak lucah ini kembali diperkatakan ialah Lisa Surihani.
“Kita perlu sedar betapa seriusnya isu ini. Kebenaran untuk memaparkan babak rogol telah keterlaluan dan ia ‘mengglamorkan atau menormalkan’ serangan seksual terhadap wanita.
“Apabila kita mula bercakap mengenai dengan cara sedemikian menunjukkan betapa kita tidak sedar kesalahan yang kita lakukan. Allahu, maafkan kami. Sebagaimana yang diberitahu oleh Ustazah semalam, salah satu perkara yang dikhuatiri oleh Nabi kita adalah keruntuhan moral dan keruntuhan akhlak.”
*
Kalau korang masih ingat pada pertengahan tahun ini, isu lawak rogol seperti ini pernah hangat diperbincangkan akibat kes seorang tenaga pengajar di sekolah menengah yang membincangkan secara terbuka dan tidak sensitif terhadap keberadaan pelajar perempuan di dalam bilik darjah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke.. – REMAJA
BACA LAGI : “Rogol Perkataan Sensitif Bagi Perempuan DAN Lelaki..” – Miss Universe Malaysia – REMAJA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source