Baruch, Pengganas Yahudi dari Amerika
Baruch Goldstein nampak macam lelaki Yahudi tipikal. Namun, mamat yang berasal dari New York, Amerika ini ialah seorang pengganas! Tak padan dengan kopiah kecik!
Apa dia buat?
Baruch menyertai Jewish Defense League, sekumpulan pelampau Yahudi. Dia ni doktor, bukannya orang calang-calang. Baruch memanfaatkan kepakarannya pada 1983 dengan terbang ke Israel dan menjadi doktor tentera.
Perangai racist Baruch menjadi-jadi. Dia taknak rawat tentera Arab Druze yang bukan Yahudi. Bintang David tak lepas daripada pakaian dia, sebagai tanda protes ke atas perjanjian damai 1993 di antara Yitzhak Rabin dan Yasser Arafat. Dia tak reda ada bangsa lain dalam negara Yahudi.
Dia memang Zionis sejati. Baruch dan kawan-kawan pernah buat kacau kat Masjid Ibrahim di Hebron. Diorang simbah asid sampaikan permaidani masjid rosak teruk. Hari demi hari, perangai Baruch semakin ekstrim.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pada 25 febuari 1994, Baruch memasuki perkarangan Masjid Ibrahim di Hebron. Jemaah masjid yang berjumlah sekitar 800 orang bary hendak menunaikan Solat Subuh berjemaah. Dia duduk diam-diam di tepi masjid sambil membawa kelengkapan merbahaya. Tiba waktu jemaah sujud pada rakaat yang pertama, Baruch memulakan rancangan jahatnya.
Kejahatan apa yang Baruch buat?
Dia membaling sebutir bom tangan tepat di tengah-tengah dewan solat. Lalu dia mengeluarkan senapang assault rifle “IMI Galil”. Yahudi ni nak bunuh seramai boleh orang Islam. Setelah jemaah masjid ramai yang ditembusi peluru, ada orang yang berjaya menghempuk pemadam api ke kepala Baruch. Jemaah pun membelasahnya.
Serangan pengganas Baruch ini telah membunuh 29 nyawa yang tidak bersalah termasuklah kanak-kanak yang tidak berdosa. 125 lagi cedera. Keganasan yang Baruch buat jadi kecoh dalam media Israel. Tetapi, mereka tak menggelarkan pula Baruch sebagai pengganas. Mungkin kerana mereka menyangka memang orang Islam Palestin layak mati sahaja.
Baruch cedera parah kerana dibelasah jemaah masjid yang dia serang dan tak dapat diselamatkan. Dia mati setelah meragut nhyawa 29 rakyat Palestin. Yahudi mungkin menganggapnya keberanian, tetapi wallahi inilah keganasan.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source