Murid lebam disyaki ‘ditibai’ guna paip, guru agama akan didakwa
PETALING JAYA: Seorang guru madrasah ditahan selepas disyaki memukul pelajar berusia lapan tahun dengan batang paip PVC sehingga mengakibatkan lebam dan bengkak pada anggota badan, dalam kejadian di Sik, Kedah.
Ketua Polis Sik, Abdull Razak Osman, berkata suspek berusia 27 tahun direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hingga 16 Nov dan telah dijamin oleh seorang penjamin dengan suspek juga diwakili peguam bela.
Katanya, dalam kejadian pada 11 Nov, bapa angkat mangsa membuat laporan berhubung kecederaan dialami kanak-kanak itu yang mengadu sakit apabila duduk ketika dibawa keluar makan.
“Pengadu terkejut melihat kesan lebam dan terus ke Balai Polis Sik untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, susulan laporan diterima suspek kemudian ditahan sehari kemudian.
“Pemeriksaan oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mengalami ‘soft tissues injuries’”, katanya.
Razak berkata, kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya Kedah dan suspek akan dituduh bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source