Artis K-Pop Pun Masuk PLKN?
2-3 hari ni, penuh dekat semua media sosial sebut pasal pakcik-pakcik umur 35 yang mungkin kena panggil masuk PLKN lepas kerajaan buat semula program ni.
Kalau di Korea Selatan, rakyatnya diwajibkan untuk menyertai tentera. Tak ada yang terkecuali termasuk artis K-Pop.
Aik? Apesal pulak? Tengah perang ke?
Perkhidmatan Tentera Korea ( 대한민국의 병역 제도 ) secara rasmi diwajibkan pada tahun 1957 berdasarkan Perlembagaan Republik Korea ( 대한민국 헌법 ).
Perlembagaan ni diisytiharkan pada tahun 1948. Perkara 39 menyatakan bahawa “setiap warganegara mempunyai kewajipan untuk menumpukan dirinya kepada pertahanan negara dalam keadaan tertentu”.
Tujuannya untuk menghadapi kemungkinan peperangan seperti yang mungkin berlaku pada masa lalu. Lebih-lebih lagi bila situasi antara Korea Utara dan Selatan menjadi lebih hangat seperti abad yang lalu.
Korea Utara dan Korea Selatan tak menamatkan perang secara rasmi dan hanya menandatangani Gencatan Senjata Panmunjeom 1953, masih berkemungkinan untuk kedua-dua negara tersebut untuk berperang.
Mengikut undang-undang, apabila lelaki Korea berumur 18 tahun, dia disenaraikan untuk ‘perkhidmatan warganegara pertama”, yang bermaksud dia bertanggungjawab terhadap tugas ketenteraan tetapi belum lagi diperlukan untuk berkhidmat.
Sama je macam PLKN yang baru nak buat ni, bagi warganegara lelaki berumur antara 18 dan 35 tahun.
Wanita pula tak wajib masuk, tapi diorang boleh secara sukarela menyertai tentera.
Apabila dia berumur 19 tahun (atau, dalam beberapa situasi, berusia 20 tahun), dia dikehendaki menjalani peperiksaan fizikal untuk menentukan sama ada dia sesuai untuk perkhidmatan ketenteraan atau tidak. Warga lelaki wajib mendaftar setelah berusia 28 tahun.
Tempoh perkhidmatan ketenteraan wajib di Korea Selatan berbeza berdasarkan cawangan ketenteraan. Tentera bertugas aktif perlu berkhidmat selama 21 bulan bagi Tentera Darat atau Kor Marin, 23 bulan bagi Tentera Laut dan 24 bulan bagi Tentera Udara.
Korea Selatan pada masa ini adalah antara negara yang mempunyai tempoh perkhidmatan ketenteraan terpanjang di dunia, hanya berada di belakang Israel, Singapura dan Korea Utara.
Ada rakyat Korea Selatan yang dikecualikan daripada perkhidmatan tentera ni. Contohnya, pemain bola sepak Tottenham Hotspur, Son Heung Min kerana berjaya memenangi emas Sukan Asia 2018 untuk Korea Selatan.
Diktator Park Chung-hee memperkenalkan pengecualian untuk atlet pada tahun 1973 dalam usaha untuk memenangi lebih banyak pingat untuk negara.
Selepas memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976, ahli gusti Yang Jung Mo jadi atlet pertama diberikan pengecualian.
Pada 1980-an, presiden Chun Doo-hwan menjanjikan pengecualian kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Asia 1986 atau Olimpik Musim Panas 1988.
Apabila Korea Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2002, pasukan kebangsaan mereka dijamin pengecualian jika mereka mampu sampai ke pusingan 16.
Peraturan-peraturan kerahan tenaga ketika ini menetapkan bahawa atlet yang memenangi pingat di Sukan Olimpik atau pingat emas di Sukan Asia diberikan pengecualian dari perkhidmatan ketenteraan dan diletakkan di Gred 4.
Mereka dikehendaki melakukan latihan asas ketenteraan selama 4 minggu dan terlibat dalam bidang sukan selama 42 bulan.
Selalunya, kalau korang tengok ramai artis K-Pop atau drama Korea yang hilang dari radar tu, maknanya diorang masuk PLKN la tu.
Korang tunggu je la artis yang korang minat tu keluar dari kem. Tau-tau dah botak. Tapi jangan la korang depan Kem Semarak, diorang tak masuk sana.
Kesan penjajahan dan Perang Korea banyak mengubah landskap Korea sendiri sehingga terbahagi kepada 2 negara berbeza.
Selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source