Ina Naim dedah hal sebenar, rumah ada mesin basuh tapi beri pada jiran memerlukan
Disebalik dakwaan mengenai tiada mesin basuh di rumahnya, ternyata pasangan Ina Naim dan allahyarham suaminya, Suhaimi Saad menyimpan kisah yang lebih mulia disebalik itu.
Menerusi perkongsian dari seorang usahawan dikenali sebagai Ryhan Musa, Ina menyatakan yang dakwaan rumah mereka tiada mesin basuh sebenarnya tidak tepat.
Sebenarnya ada, tapi beri kepada jiran yang lebih memerlukan
Difahamkan, rumah mereka mempunyai kelengkapan itu namun ada suatu hari mereka melihat anak-anak jiran mengangkat bakul baju yang sudah dicuci dalam keadaan letih.
Susulan daripada itu, mereka suami isteri mengambil keputusan memberikan mesin tersebut kepada jiran kerana tidak tegar melihat kanak-kanak kepenatan mengangkat bakul baju yang berat.
Sebak dengar perkongsian Ina Naim
Selain itu, usahawan yang datang ke rumah keluarga Ina bagi menyantuni isteri kepada allahyarham Suhaimi memaklumkan dirinya berasa begitu sebak mendengar cerita yang disampaikan wanita berkenaan dalam keadaan yang cukup tenang.
Ina Naim akui minta derma, tapi untuk salurkan kepada mualaf di Sabah
Pemilik nama sebenar, Diana Naim juga menjelaskan bahawa fitnah mengatakan mereka menjadikan anak-anak peminta sedekah juga sangat tidak betul.
Sebenarnya, mereka memang ada membuat kutipan derma, tetapi ia sepenuhnya untuk disalurkan kepada golongan maulaf di Sabah dimana ada di antara mereka yang kembali ke agama asal kerana kekurangan biaya di samping tiada bimbingan hidup.
Arwah pergi tak tinggalkan harta
Ina juga sempat memberitahu yang suaminya telah menjual kereta di Kelantan dan rumah di sana juga merupakan kediaman sewa sebelum mereka pulang ke Kota Tinggi.
Arwah hanya meninggalkan tujuh helai baju sahaja bersama sepasang selipar. Tiada sebarang harta juga ditinggalkan.
Arwah tak mahu orang tahu sedang sakit
Banyak lagi kisah-kisah kebaikan arwah yang dikongsikan isteri sepanjang pertemuan tersebut.
Ternyata, Suhaimi tidak mahu memberitahu keadaan kesihatannya kepada umum dengan meminta isteri terus membuat live di media sosial sambil menemaninya dalam keadaan terlantar.
Usahawan terbabit turut berkongsi gambar bersama Ina di rumah ibu bapanya di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi. Dia memaklumkan yang keluarga allahyarham Suhaimi Saad dalam keadaan tenang, tabah dan ceria.
Video temu bual tonton disini:
Video sewaktu menziarahi selebriti itu juga dikongsikan di media sosial aisysmom dengan keizinan Ina Naim sendiri.
Artikel lain: Suhaimi Saad meninggal dunia jam 7.42 malam di Hospital Sultan Ismail, JB
Untuk rekod, Allahyarham Suhaimi Saad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Johor Bahru pada 15 November lalu.
Suhaimi telah berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Facebook Ryhan Musa, aisysmom
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source