Pedang Islam Musollini – The Patriots
Pemimpin paling kontroversi dunia, Bennito Musollini pernah dikenali sebagai Hami al-Islam bermaksud Pelindung Islam.
Bukan tu je, dia siap ada pedang bernama Sayf al-Islam (Pedang Islam).
Aik, apa kena mengena agenda fasis yang dia bawak dengan Islam? Macam tiber je.
Selepas Itali menjajah Libya pada 1934, Musollini ni amalkan dasar yang memberi manfaat kepada orang-orang Islam Libya seperti bina masjid dan madrasah, menyediakan kemudahan untuk jemaah nak ke Mekah dan juga bina Sekolah Tinggi Kebudayaan Islam di Tripoli.
Tapi disebalik tu, Musollini ada niat tersendiri dan cuba menarik dunia Islam memandangkan diorang berkongsi musuh yang sama iaitu British dan Perancis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Itali dan kerajaan Islam dipinggirkan ketika Perjanjian Versailles 1919. British dan Perancis yang sedap dapat tanah.
Walaupun Musollini ada tandatangan perjanjian dengan Vatican, dia cuba jugak dapatkan sokongan dan buat pakatan dengan orang Arab sampai digelar Pelindung Islam.
Menurut tafsiran Mussolini, kerajaan Itali ambil alih tempat Uthmaniyyah di Libya jadi dia secara undang-undang ialah pewaris kuasa khalifah.
Pada 20 Mac 1937 di Tripoli, Mussolini terima Pedang Islam daripada Iusuf Kerisc, ketua puak Barbar yang sokong penjajahan Itali di Libya.
Musollini disambut di Tripoli dengan tembakan meriam penghormatan dan mengetuai 2,600 tentera berkuda, Mussolini tegaskan semula pendekatannya dengan penduduk Islam untuk menjamin “keamanan, keadilan, kesejahteraan dan penghormatan terhadap undang-undang Nabi.”
Pada tahun berikutnya, sebuah monumen kuda dirasmikan di dataran utama ibu kota Libya sebagai penghormatan kepada Mussolini.
Disitu tertulis “Kepada Benito Mussolini, pendamai rakyat, penebus tanah Libya, penduduk yang prihatin dan bukti di mana Pedang Islam yang berkilat lagi suci menjadi tanda kesetiaan Lictor yang mencabar takdir.”
Pedang Islam ni dihiasi dengan tulisan dalam bahasa Arab, dilengkapi bilah lurus bermata dua dan pemegang bersalut emas.
Tapi selepas tahun 1937, ia tidak lagi digunakan dan diletakkan di Rocca delle Caminate, kediaman musim panas Mussolini.
Tiada lagi tanda-tanda kewujudan pedang ni selepas 25 Julai 1943 apabila Rocca delle Caminate telah dimusnahkan dan dirompak oleh pemberontak Itali.
Oleh: Azizul Farhan
___
Macam mana tercetusnya Perang Dunia Kedua? Ada kesinambungan ke daripada Perang Dunia Pertama? Jawapan pendek, ada. Jawapan panjang ada di dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/perangduniakedua
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source