Bukan semua bantahan NGO atas pelan KL ditolak, kata pembantu PM
PETALING JAYA: Bukan semua bantahan NGO ditolak dalam merangka Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040), yang menggariskan pembangunan bandaraya itu bagi 20 tahun mendatang, kata pembantu perdana menteri.
Azman Abidin yang menguruskan hal berkaitan PSKL2040, berkata semua proses bantahan dan pendengaran dilakukan dua kali, sebelum dan selepas kerajaan perpaduan berkuasa.
“Kali pertama sebelum kerajaan perpaduan (berkuasa), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) laksanakan (proses pendengaran dan bantahan) sewaktu kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Sepatutnya telah digazetkan 2022 lalu, namun perubahan kerajaan, DBKL tak dapat laksanakan kerana perlu kelulusan menteri jaga Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi FMT.
Azman berkata, selepas kerajaan perpaduan mentadbir negara, proses pendengaran didengar semula kerana ada NGO, termasuk Selamatkan Kuala Lumpur (SKL) mendakwa terdapat banyak ketidakadilan dalam pendengaran pertama ketika pentadbiran kerajaan PN.
Beliau berkata, proses merangka pelan itu tertangguh dua tahun sebelum digazetkan tahun ini.
“Ada bantahan diambil dan ada yang ditolak. Proses telah dilaksanakan dan bantahan kita dengar. (DBKL) ikut peraturan sedia ada. Bagi saya, (kita) tak dapat puas hati semua orang, kalau tidak, struktur KL tak ada pelan langsung.”
Semalam, sebuah NGO memperjuangkan perlindungan alam sekitar di ibu negara mendakwa DBKL gagal melibatkan masyarakat secara berkesan ketika merangka PSKL2040.
Pengerusi SKL, M Ali memberitahu FMT, DBKL gagal memberi maklum balas terhadap sesi libat urus terdahulu, di mana kumpulan itu menekankan kelemahan draf berkenaan, termasuk kegagalan menangani kekurangan kawasan lapang di ibu kota.
Mac lalu, SKL menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak meluluskan PSKL2040 sehingga semua usaha wajar diselesaikan DBKL, serta memberi amaran tidak mewartakan dokumen itu “terlalu awal”.
Azman berkata, ada bantahan yang ditolak selepas mengambil kira kepentingan industri, pembangunan KL, kawasan rekreasi dan bandar.
Katanya, semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur sudah diberikan taklimat khusus.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source