Resepi MAGGI Celup Kelantan Yang ‘Simple’ Tapi Sedap. Padu!
55 orang pelajar dari Malaysia telahpun menerima tajaan biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Taiwan (MOE) semalam bagi pengajian bermula tahun 2022.
Daripada jumlah tersebut, 39 pelajar merupakan penerima Biasiswa MOE Taiwan untuk mengikuti program ijazah di Taiwan manakala 16 orang pelajar lain menjadi penerima Biasiswa Huayu Enrichment untuk mempelajari Bahasa Mandarin di universiti-universiti di sekitar Taiwan.
Lebih membanggakan apabila tiga orang pelajar mendapat tajaan Biasiswa Dana Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa Taiwan (ICDF). Dua pelajar lain ditawarkan biasiswa oleh Universiti Nasional Cheng Kung.
Kesemua biasiswa yang dianugerahkan kepada penerima telah disampaikan oleh Anne Hung, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei yang bertapak di Malaysia.
BACA LAGI : Nak Berhijrah Ke Luar Negara, Apa Perlu Buat? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hijrah Ke New Zealand – REMAJA
Untuk pengetahuan, MOE Taiwan mula menawarkan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa Huayu Enrichment ini sejak tahun 2004 lagi kepada pelajar-pelajar di Malaysia yang cemerlang bagi mereka melanjutkan pelajaran atau mempelajari bahasa Mandari di Taiwan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Anne berkongsi bahawa bilangan pelajar Malaysia di Taiwan telahpun meningkat hampir dua kali ganda. Sebagai contoh pada tahun 2011, hanya sekitar 7,500 pelajar sahaja yang memilih Taiwan untuk melanjutkan pelajaran namun memasuki tahun 2021, sudah 13,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.
Menariknya, ramai juga pelajar bukan berbangsa Cina yang memilih Taiwan tau!
“Semakin ramai pemohon cemerlang bersaing untuk mendapatkan biasiswa ini. Kami juga berbesar hati kerana semakin ramai pelajar bukan Cina dari Malaysia menyedari bahawa Taiwan ialah destinasi ideal untuk mereka melanjutkan pelajaran,” katanya.
Tambah Anne, 15 daripada 55 orang penerima biasiswa pada tahun ini merupakan pelajar berbangsa Melayu dan tidak mustahil jika jumlah tersebut akan bertambah mengikut tahun selepas ini.
Ini memandangkan insitusi universiti dan kolej di Taiwan kini sedang mengadaptasi pendekatan mesra-umat Islam serta meningkatkan bilangan kursus pengajaran Bahasa Inggeris. Sekaligus, ia membuatkan lebih ramai pelajar antarabangsa berminat mengikuti kursus ijazah sepenuh masa atau mempelajari bahasa Mandarin di Taiwan.
ARTIKEL BERKAITAN : Walaupun Komuniti Kecil, Muslim Di Taiwan Jaga Kebersihan Masjid Elak Virus – REMAJA
Ada di antara korang yang berminat menjadikan Taiwan sebagai destinasi impian melanjutkan pelajaran selepas ini?
Sumber : Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source