Penyanyi Amylea Azizan Tamatkan Zaman Bujang, Abang Bomba Jadi Pilihan Hati!
Hubungan cinta yang terlerai di tengah jalan itu sebenarnya adalah lumrah dalam kehidupan seorang remaja. Biasalah, apabila kita masih dalam fasa mengenali dan mencintai seseorang, kadangkala ia memakan masa beberapa bulan mahupun bertahun lamanya untuk kita benar-benar mengenai ‘belang’ si dia.
Bagi yang bertuah, mereka mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin manakala bagi kebanyakan daripada kita, nak buat macam mana.. break lah!
Buat pelakon dan pempengaruh berhijab Alya Iman, sedari awal perhubungan lagi dia mengaku menjalinkan hubungan dengan seorang duda anak dua yang dikenali sebagai Ridhwan.
Begitupun setelah kira-kira dua tahun, hubungan mereka tidak bertahan lama dan kini, Alya kembali solo semula.
Ketika ditemui oleh pemberita baru-baru ini sewaktu majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin, gadis berusia 21 tahun itu berkata biarpun telah membawa haluan masing-masing mereka masih kekal bersahabat baik.
“Ya… saya single dan saya tak ada kena-mengena dengan Ridhwan lagi. Kami berpisah sejak bulan puasa.
“Tapi saya not available.. bukan sebab dah ada someone yang baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta,” ulasnya.
Mengamati pengalaman anak bongsi kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha dalam industri seni hiburan, namanya seperti tidak lekang daripada menerima tempias kontroversi disebabkan perhubungan cinta.
Sehingga kini, Alya tidak menafikan ramai yang masih mengecamnya dengan pelbagai gelaran seperti ‘pisau cukur’ dan ‘perampas’ dek kerana percintaannya dengan suami orang suatu ketika dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN : Alya Iman IYAKAN Dakwaan Hampir Jadi Isteri Kedua, Sanggup Bermadu Dah Jadi Trend? – REMAJA
Katanya, dia terbuka hati untuk menerima apa saja bentuk kecaman yang dilontarkan ke arahnya.
“Saya tak kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya. Basically, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.
“Saya selalu cakap pada diri sendiri, benda nak jadi.. setiap apa yang terjadi ada hikmahnya,” tambahnya.
Tak mengapalah Alya, ramai lagi jejaka di luar sana yang masih bujang dan sudi mengenali Alya selepas ini. Hiks!
Terdahulu pada minggu ini, seorang lagi selebriti iaitu penyanyi, Tegar Septian telahpun mengumumkan telah bercerai daripada isterinya setelah tiga tahun berkahwin.
BACA LAGI : Bertahan 3 Tahun Saja, Tegar Septian & Isteri Cerai Pada Usia 21 Tahun – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source