Alif Teega mengaku hidup bahagia, adik Aisyah Hijanah tunjuk bukti kakak dikasari
Pempengaruh media sosial, Alif Teega menyatakan rumah tangganya bersama isteri pertama, Aisyah Hijanah masih lagi bahagia seperti sebelum ini meskipun dihujani dengan kecaman selepas mengumumkan berkahwin lagi.
Masih hidup bahagia
Pemilik nama Mohd Hazalif menyatakan perasaan bahagia di media sosial miliknya dengan mengatakan manusia mudah menjatuhkan hukuman dari pandangan kasar terhadap mereka berdua.
“Tidak dinamakan bahagia jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia.
“Bahagia itu adalah ‘rasa’ dan bukan ‘perisa’ yang direkacipta oleh manusia. Bahagia itu bukan pada paparan, tapi pada hati.
“Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat, dan tidak mampu disembuyi. Jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia. Bukan bahagia yang dilihat orang,”nukilnya di media sosial.
Bagaimanapun, pempengaruh yang juga usahawan ini juga meluahkan rasa syukur kerana kebahagiaan mereka berdua sebagai suami isteri tetap utuh.
“Manusia sentiasa bercakap, menghukum dari pandangan kasar mereka. Mereka tak mampu untuk menyelami hati dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh.
“Tapi tidak pada kami, Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu.
“Alhamdulillah, kami bahagia,” tulisnya.
@alifteega Tidak dinamakan bahagia jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia. Bahagia itu adalah ‘rasa’ bukan ‘perisa’ yang direkacipta oleh manusia. Bahagia itu bukan pada paparan, tapi pada hati. Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat, dan tidak mampu disembunyi Jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia. Bukan bahagia yang dilihat orang. Manusia sentiasa bercakap, menghukum dari pandangan kasar mereka. mereka tak mampu untuk menyelami hati. dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh. Tapi tidak pada kami, Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu. Alhamdulillah, kami bahagia.
Adik Aisyah Hijanah dedah bukti kakak dikasari!
Dalam pada itu, adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam nampaknya masih lagi meluahkan amarah terhadap abang iparnya, Alif Teega diatas tindakan berkahwin lain sewaktu kakaknya sarat hamil.
Terbaharu, pemuda itu menunjukkan bukti laporan perubatan yang telah dilakukan oleh kakaknya yang tertera Aisyah yang juga pempengaruh dikasari suaminya beberapa kali pada tahun ini.
Alif Teega, kita jumpa nanti!
Dia juga menyatakan mereka berdua telah menetapkan tarikh untuk berbincang secara bersemuka mengenai masalah yang berlaku.
Dikesempatan itu, Amirul juga meminta abang iparnya untuk pulang ke rumah bagi menziarahi ibunya selain menyatakan dirinya tidak gentar berkongsi kebenaran di media sosial.
Artikel lain: Isteri sedang hamil, Alif Teega umum kahwin lagi -“Aisyah tiada sebarang kekurangan”
Artikel lain: Adik Aisyah Hijanah ‘amuk’ Alif Teega lagi -“Penatlah dengan jantan macam kau ni!”
Sumber: TikTok @alifteega, Instagram amiruladnirustam
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source