Bintang Daud Milik Siapa? – The Patriots
Semalam, saya ada post satu trivia pasal bendera menggunakan Bintang Daud yang dikatakan bendera Filastīn pada 1939.
Tapi sejarah Bintang Daud ni tak bermula dari sini. Dan milik siapakah Bintang Daud ni sebenarnya?
Orang Turki terutamanya pada era Seljuk dan Uthmaniyah adalah satu kelompok orang Muslim yang terima dan menaungi kaum Yahudi dan Turki Khazar.
Orang Yahudi kenal simbol ni dari orang Turki. Walaupun diorang kemudiannya ada yang memeluk Islam, diorang gunakan bintang Daud dan anggap sebagai simbol toleransi terhadap kaum Yahudi.
Empayar Uthmaniyah satu-satunya kerajaan yang buka pintu kepada kaum Yahudi ketika orang Yahudi jadi pelarian penindasan kerajaan Katolik di Eropah.
Apabila kaum Yahudi mula hidup di bawah naungan Uthmaniyah, identiti dan budaya diorang berubah memandangkan Konstantinopel menjadi tumpuan pelbagai bangsa dari seluruh dunia.
Uthmaniyah dianggap jadi faktor yang hubungkan bintang Daud dengan kaum Yahudi.
Uthmaniyah memberikan imej ‘keyahudian’ kepada Yahudi yang kita kenal hari ini.
Sebelum tu, Uthmaniyah dah lama gunakan simbol Bintang Daud dalam beberapa aspek, terutamanya ketenteraan.
Orang Yahudi hanya betul-betul guna simbol ni sebagai simbol identiti diorang selewat-lewatnya pada abad ke-17.
Akhirnya ia sampai kepada titik tolak di mana gerakan Zey-Yo-Nis guna bintang Daud sebagai simbol kebangsaan kaum Yahudi.
Selama berabad-abad, banyak kerajaan-kerajaan Islam dah guna simbol ni sebagai lambang identiti sama ada dilampirkan pada panji-panji rasmi, dicetak pada matawang syiling negara, atau dijadikan panji-panji standard ketenteraan.
Simbol itu juga digunakan oleh Empayar Uthmaniyah sebagai ukiran atau hiasan pada dinding masjid mereka, dicetak pada matawang syiling dan juga pada panji-panji peribadi individu seperti seorang Pasha seperti Laksamana Hayreddin Barbarossa.
Pada zaman pertengahan, Bintang Daud tak pernah jadi simbol Yahudi secara mutlak, ia lebih dikenali dalam dunia Arab Islam sebagai “Khatam Suleiman” di kalangan pengikut Mazhab Hanafi.
Simbol tradisional kaum Yahudi sejak dahulu hingga sekarang ialah menorah, iaitu tujuh batang lilin yang bercabang yang digunakan di dalam ritual keagamaan mereka.
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis sepanjang sejarah? Benarkah ia pernah ditadbir Kerajaan Yahudi di masa silam?
Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source