Genggam PhD Pada Usia Muda, Dr. Hajah Oki Setiana Dewi Ajar Tip Lunas Hutang
Siapa tak kenal dengan pendakwah dan pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Dr. Hajah Oki Setiana Dewi ini.
Di sebalik wajahnya yang lembut dan manis, figura ini punya semangat yang luar biasa dalam mengapai cita-citanya. Untuk info, Dr. Hajah Oki Setiana Dewi telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah atau PhD di usia 31 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Jadi Juruwang & Jurutol, Lelaki Ini Genggam PhD Pada Usia 30 Tahun
Di usia 31 tahun, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah meraih PhD melalui kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Oki menerima anugerah PhD dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada 2020.
Tahun 2022, Oki sekali lagi meraih gelaran doktor falsafah buat kali kedua setelah menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta. Beliau telah menjalani sidang melalui kertas kerjanya bertajuk “Pendidikan Moderasi Beragama Dalam Keluarga Berbasis Al-Qur’an” di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an.
Tertarik dengan perkongsian Dr. Oki Setiana Dewi tentang masalah hutang. Menurut wanita ini, ramai yang mengadu kepadanya tentang kesulitan hidup termasuk masalah ekonomi sehingga membuatkan mereka terpaksa berhutang. Namun, Dr. Oki Setiana Dewi menasihati agar seboleh-bolehnya jangan berhutang. Jika sudah terlanjur berhutang segera dilunaskan.
“Jika tak mampu bayar semua, bayarlah sebahagian atau secara ansuran. Ingat, bayar secara ansuran itu wujud kesungguhan. Biar si pemberi hutang juga reda dengan kita.
Terhadap mereka yang bertanya soal kesulitan ekonomi, biasanya saya menganjurkan dua hal. Pertama, ayuh berdoa dan kedua, ayuh jualan (berniaga),” kata Dr. Oki Setiana Dewi di laman media sosialnya.
Dr. Oki Setiana Dewi juga pernah mengingatkan agar sentiasa bersangka baik demi mendapatkan reda Allah SWT. “Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ujian yang diberikan akan membuatkan hidup lebih tenang. Allah Maha Adil dan tidak pernah bersifat kejam terhadap hambaNya. Tetapi kita sebagai manusia tidak pernah faham tentang sifat Allah Maha Adil,” jelas Dr. Oki Setiana Dewi.
Menurut Dr. Oki Setiana Dewi kita perlu berdoa bersungguh-sungguh dan bersangka baik terhadap Allah SWT pasti doa akan dikabulkan. Dr. Oki Setiana Dewi juga berkongsi tentang sepotong ayat yang menjadi ‘penghibur’ hatinya jika doa tidak dimakbulkan seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216;
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pasa sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya,” tutur Dr. Oki Setiana Dewi.
Sesungguhnya figura hebat ini, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi telah menunjukkan contoh yang baik sebagai wanita, isteri dan juga ibu. Moga Dr. Oki Setiana Dewi terus maju jaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source