“Start Your Day With…,”JANNA NICK Kongsi Tip Kawal Emosi, Kekal Gembira
Trend percutian backpacker sudah popular di kalangan anak muda, baik lelaki mahu pun perempuan. Sebagai solo traveller ni, perkara pertama yang perlu jadi keutamaan adalah tentang keselamatan.
Lebih-lebih lagi untuk golongan perempuan. Banyak perkara perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk ke luar negara seorang diri.
Maklum saja, lain negara lain pula budayanya. Di tempat sendiri pun kita perlu berhati-hati, apa lagi di negara orang.
Tip yang ingin kami kongsi kan ini sesuai untuk dijadikan panduan bagi golongan perempuan yang teringin nak rasa pengalaman sebagai solo traveller.
1. Cari maklumat terlebih dahulu
Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang destinasi yang ingin dituju. Pastikan anda belajar serba sedikit bahasa yang digunakan di kawasan tersebut.
2. Muat turun aplikasi
Bawa gadget yang dilengkapi dengan travel apps dan aplikasi seperti Waze, Google Translator dan XE.Com & Currency untuk memudahkan anda ketika mengembara. Pastikan bateri handphone sentiasa dicaj penuh. Powerbank tu pun penting juga ok?
3. Bawa barang yang penting saja
Ringankan backpack anda supaya senang nak dibawa. Janganlah bawa satu set makeup dan aksesori serta pakaian yang berlebihan. Jangan lupa membawa dokumen pengenalan diri dan buat salinan sebagai langkah berjaga jika berlaku kehilangan.
4. Tulis nombor kecemasan untuk dihubungi
Make sure anda menyimpan nombor-nombor penting untuk dihubungi semasa kecemasan. Ini termasuklah nombor dan alamat kedutaan jika anda berada di luar negara.
5. Berlagak seperti rakyat tempatan
Apabila berada di tempat asing, cuba berlagak seperti anda tahu selok-belok di sana dan bergaya seperti rakyat tempatan. Tak ada la nampak sangat yang anda memang blur dan seperti tak tahu apa-apa.Tapi, tak semua negara anda boleh lakukan seperti ini. Di negara-negara jiran mungkin boleh, tapi kalau di UK takkan la nak acah-acah mat salleh pula kan?
6. Jangan tampil mewah
Rakyat di negara miskin sering membayangkan bahawa setiap pelancong yang datang ke negara mereka adalah di kalangan orang-orang kaya. Jadi, elakkan memakai pakaian berjenama walaupun ia mungkin hanya biasa-biasa di negara kita.
7. Tidak memasang Earplug
Untuk mengelakkan anda tidak sedar dan tak sempat untuk mengelak jika berlaku sesuatu di luar jangkaan.
8. Jangan berkira
Berbelanja sikit la untuk keselamatan diri sendiri seperti mendapatkan insurans. Ia penting jika berlaku sebarang kecelakaan.
9. Hati-hati jika mahu share informasi
Ada penduduk tempatan yang begitu ramah sehingga bertanya tentang info di mana tempat tinggal anda di sana. Jika tidak selesa, berbohong je. Jangan kongsi apa-apa maklumat peribadi semasa berada di luar negara, lagi-lagi dengan orang yang kita tidak kenal.
10. Guna teksi/pengangkutan berdaftar
Walaupun sering melancong ke negara tersebut, tapi bukan bermakna anda selamat. Guna teksi yang berdaftar untuk mengelakkan perkara seperti rompakan atau kes rogol terhadap pelancong.Lagi pun, sekarang ni dah banyak public transport yang dikhaskan untuk wanita seperti yang terdapat di negara Jepun, Egypt, Brazil, Indonesia dan Filipina.
11. Elak melakukan aktiviti malam berseorangan
Pastikan anda pulang ke hotel sebelum hari gelap jika berseorangan. Mungkin ada beberapa ‘black area’ yang anda tak tahu. So, kalau nak keluar waktu malam pastikan tidak berseorangan dan ada teman yang boleh dipercayai.
12. Jerit kalau perlu
Jika diserang secara fizikal, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang awam.
13. Jaga tingkah laku dan hormati tempat orang
Ini paling penting. Hormati budaya dan adab rakyat tempatan. Jangan pula buat ‘kepala’ sendiri. Kalau pandai jaga diri, insyaAllah semuanya selamat.
Nak pergi travel seorang diri ni sebenarnya bukanlah susah sangat. Asalkan anda bersedia dan tahu selok belok negara tersebut, semua orang pun mampu jadi solo traveller.Lagi satu, jaga mulut. Jangan macam-macam di negara orang ok?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source