Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis kesalahan
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Patuh Bersepadu mengeluarkan 122,208 notis kepada pemandu tidak mematuhi syarat dan peraturan serta memandu kenderaan secara tidak selamat, khususnya menjadi punca utama kepada kemalangan maut.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Lokman Jamaan berkata operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.
Lokman berkata kesalahan tersebut dikesan berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999.
“Antaranya tertinggi direkodkan adalah kesalahan teknikal (28,192) seperti tayar botak, pengubahsuaian kenderaan motosikal, tiada CDL (28,039), lesen kenderaan motor tamat tempoh (20,537) dan lain-lain kesalahan,” katanya pada sidang media Ops Patuh di Tol Senawang malam tadi.
Beliau berkata JPJ mendapati tahap pematuhan di bawah akta tersebut berada pada tahap masih rendah (25% jumlah kesalahan dikesan berdasarkan kenderaan diperiksa).
Lokman berkata JPJ turut mengesan 3% kesalahan yang melibatkan tingkah laku pemandu, antara tertinggi direkodkan adalah tidak memakai tali pinggang keledar iaitu 1,388 dan melanggar lampu isyarat merah (791) yang merupakan punca utama menyebabkan kemalangan maut.
“Bagi kenderaan motosikal pula, 612 tidak memakai topi keledar semasa memandu, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan dan sebagainya.
“Selain itu JPJ turut mengeluarkan notis kepada 5,811 pemandu warga asing yang dikesan memandu kenderaan tanpa lesen, ini kesalahan yang sangat serius,” katanya.
Beliau berkata 2,360 dikenakan mata demerit di bawah Sistem Kesalahan Jalan Raya dan daripada jumlah tersebut 1,966 pemegang lesen dikenakan amaran, bagi tempoh Januari sehingga Oktober ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source