Resipi Kuih Lompang Berlauk, Guna Daging Burger Buat Rendang
Resipi kuih lompang berlauk palig mudah untuk disediakan. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit.
Anak-anak mesti suka sebab rasa lemak-lemak kuih lompang yang dimakan bersama rendang. Untuk anak yang masih kecil mama kurangkan sedikit tahap kepedasannya. Jom kita cuba resipi kuih lompang berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali ini.
Resipi Kuih Lompang Berlauk
Bahan untuk rendang:
10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu kecil serbuk kunyit
20 tangkai cili padi
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus)
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam
Guna Daging Burger Buat Rendang
Cara membuat:
1. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.
4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.
5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.
6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.
Bahan lompang:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning
Cara membuat:
1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
2. Sapu minyak pada acuan.
3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.
4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.
5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.
INFO:
*untuk bancuhan ini boleh dapat 47 hingga 50 biji kuih lompang.
*untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)
Sumber kredit: Zainoor Aliza Ali
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source