Suami beri sokongan, minta Nabila Razali sertai banyak kelas nyanyian
Penyanyi Nabila Razali mendedahkan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani meminta untuk menyertai banyak kelas nyanyian bagi menambah baik bakat selain memperkembangkan karier seni
Menurut laporan mStar, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata suaminya memberikan sokongan penuh bagi meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.
“Nik selalu cakap, jika awak mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri.
“Dia juga ada cakap supaya saya pergi kelas nyanyian sebanyak yang mungkin dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan,” katanya.
Nabila berkongsi perkara tersebut pada pelancaran single terbarunya, Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama Nada yang di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi bahawa masih menerima kecaman mengenai vokalnya namun memiliki Nik Iruwan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan sedih.
Sementara itu, penyanyi lagu Pematah Hati itu bersyukur kerana suaminya sentiasa memahami jadual yang padat sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Katanya, dia tidak mahu menjadikan gelaran isteri itu sebagai alasan untuk menamatkan karier atau mengurangkan pekerjaannya dalam bidang seni.
“Saya bersyukur sangat dapat seorang suami yang sangat memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja.
“Saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan.
“Rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi banyak menyanyi dan juga sebaliknya,” ujarnya.
Untuk rekod, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 18 November lalu di sebuah resort di Pahang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source