Alami masalah jantung, Jalil Hamid susut 30kg -“Saya hanya boleh makan seperti bubur”
Pelakon veteran, Jalil Hamid mendedahkan dirinya mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) akibat masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan.
Bahkan, selera makan pelakon berusia 66 tahun itu juga dilaporkan semakin menghilang sejak setahun yang lalu.
Memetik laporan Utusan Online, Jalil berkata, dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga terpaksa menjamah hidangan bertekstur lembut atau cair seperti bubur.
“Dalam tempoh setahun ini, berat badan turun banyak iaitu sekitar 30kg sebab bila makan, memang akan keluar semula.
“Jadi, saya hanya boleh makan sesuatu yang cair seperti bubur,”ujarnya.
Pemilik nama Abdul Jalil Abdul Hamid berkata, dia juga sudah tidak boleh memandu sehingga memerlukan bantuan isteri untuk pergi ke mana-mana.
Katanya, penurunan berat badan itu telah membuatkan dirinya tidak stabil ketika berjalan.
Jalil Hamid alami jantung bengkak
Mengulas lanjut, Jalil Hamid mengatakan dia disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun lalu.
Sejak hari itu, dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital kerana disyaki menghidapi masalah berkaitan jantung.
“Doktor ada minta dimasukkan ke wad tapi saya menolak. Alhamdulillah, saya masih okey dan sudah mampu berjalan berbanding sebelum ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila terpilih untuk menerima sumbangan daripada rakan-rakan artis dan pihak zakat, semalam.
Ujarnya, pemberian zakat itu dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung terutama berkaitan perbelanjaan perubatan.
Ini kerana, pelakon drama Ayahanda itu tidak mahu membebankan anak-anaknya.
“Saya kalau boleh tidak mahu bebankan anak-anak dengan masalah saya. Mereka juga ada baru bekerja dan berkeluarga ditambah pula kos sara hidup memang tinggi sekarang.
“Sekurang-kurangnya sumbangan sebegini dapatlah meringankan beban saya dan isteri. Ubat jantung saya juga sudah mencecah seribu ringgit,”katanya lagi.
Dah tiga tahun tak berlakon
Tambah Jalil, sudah hampir tiga tahun dirinya tidak menerima sebarang tawaran lakonan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Dia juga mengakui rindu untuk beraksi di hadapan kamera kerana dunia lakonan yang sudah sebati dengan dirinya.
“Sebenarnya hampir tiga tahun saya tidak berlakon. Mungkin saya direhatkan.
“Barangkali produksi juga risau untuk ambil saya berlakon, manalah tahu lepas ‘shooting’ dua, tiga hari sudah ‘gone’ (meninggal dunia).
“Hakikatnya, saya memang tidak boleh tinggalkan dunia lakonan. Kerjaya ini sudah sebati, tidak boleh buat kerja lain lagi,” tuturnya.
Artikel lain: “Kenapa gaji pelakon senior lagi rendah?” – Ditawar RM150, Jalil Hamid rasa terhina
Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mohd. Sori)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source