Tanah Palestin Milik Siapa? – The Patriots
Saya ditanya untuk mengulas berkenaan post ni adakah benar bahawa memang tak ada Palestin sebelum kemerdekaannya pada 15 November 1988.
Sehingga 20 point beliau berikan dan yang terakhir beliau sebutkan nak kata yang Palestin tak wujud pun dalam sejarah.
Adakah memang orang Palestin tak berhak atas Palestin?
Salah dakwaan tuan tu. Nama Palestin ni dah awal digunapakai oleh para penulis Yunani untuk rujuk tanah tu.
Kemudian Empayar Rom namakan tanah Palestin dengan nama Syria Palaestina. Masuk ke empayar Byzantine, tanah itu dipanggil sebagai Palaestina Prima.
Terakhir sekali Palestin menjadi negeri bernama Jund Filastin di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Bukannya ketika British datang, baru tanah tersebut dipanggil Mandat British Palestin. Ia jauh lagi sebelum dari tu.
Kenapa tuan tak sebut pasal ni dalam post tuan?
Yang disebut ialah para pelukis peta menulis nama Palestin dan menenggelamkan populariti 12 suku Bani Isráīl. Katanya lagi pertukaran 19 kerajaan lebih bermakna berbanding peta tersebut.
Jikalau tuan berkata begitu, tuan tak rasa ke yang orang-orang Arab Palestin itu sendiri sememangnya berketurunan orang Kanaan yang menjadi point ke-19 tuan tu? Jauh sebelum wujudnya 12 suku Bani Isráīl di Palestin.
Macam kita Melayu ni. Kalau ada orang cakap yang keturunan tuan pun bukan berasal dari Tanah Melayu ni. Tuan marah ke tak?
Keturunan orang Kanaan tu pun masih wujud sampai sekarang dan mereka ialah orang Lubnan dan juga orang Palestin tu sendiri.
Dan orang Palestin merupakan kaum yang paling dekat sekali DNA dia dengan orang Yahudi sebab orang Palestin tu sendiri merupakan keturunan orang Yahudi purba dulu tapi dah peluk agama Kristian, Islam atau kekal dengan Yahudi.
Sebab tu masih ramai keluarga di Palestin sana yang masih boleh trace balik nenek moyang mereka ke orang Yahudi balik.
Di sini juga ada gambar yang ujian DNA orang Palestin sememangnya berkait dengan orang Kanaan yang berasal dari tanah Palestin itu sendiri.
Jadi bila kita nak cakap pasal claim orang Yahudi tuntut tanah Palestin ni sebab tu tanah nenek moyang mereka, sebenarnya tanah Palestin tu sendiri dah pernah dihuni oleh orang lain.
Ya, memang nama asalnya Kanaan. Dan Palestin pula diambil dari nama Philistine iaitu orang-orang Greek yang menetap dan berasimilasi di Palestin.
Tapi ia masih tak menafikan yang orang Arab Palestin sekarang tak ada kena mengena dengan orang Kanaan yang duduk di Palestin sebelum dari peristiwa Nabi Daud melawan Jalut atau David and Goliath.
Ironinya, penduduk asal tanah Palestin purba dulu juga merupakan nenek moyang orang Palestin juga.
Nama Palestin tu tak menidakkan bahawa Orang Palestin juga ada hak diatas tanah Palestin dan bukan hanya milik Yahudi semata-mata.
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis sepanjang sejarah? Benarkah ia pernah ditadbir Kerajaan Yahudi di masa silam?
Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source