Kenapa Chinese Taipei, Bukan Taiwan?
Semalam, pasukan negara tewaskan Chinese Taipei dengan keputusan memihak negara kita 1-0.
Eh, Chinese Taipei ke Taiwan?
Korang terpikir tak benda ni masa tengok bola semalam? Chinese Taipei dengan Taiwan ni kan negara yang sama. Kenapa diorang nak guna nama lain?
Kita lihat pada konteks sejarahnya.
Sebenarnya, tahun 1949 ni dianggap zaman kegelapan China oleh pejuang demokrasi.
Sebelum 1911, Dinasti Qing masih lagi memerintah Tanah Besar China yang akhirnya digantikan oleh Parti Kuomintang.
Maka setelah memerintah dengan nama Republik China (Republic of China-ROC) selama 40 tahun, akhirnya pada tahun 1949, tentera Komunis diketuai oleh Mao Zaedong gulingkan Parti Nasional China dalam perang saudara yang penuh berdarah.
Parti Komunis gulingkan Parti Kuomintang tubuhkan Republik Rakyat China (People’s Republic of China-PRC).
Maka inilah yang menerajui negara China sehingga kini. Jadi, adakah Parti Kuomintang telah habis seluruhnnya? Jawapannya tidak.
Saki baki yang tidak dibunuh diketuai oleh Chiang Kai-shek lari tinggalkan Tanah Besar China dan pergi ke sebuah kepulauan yang berhampiran yang dikenali sekarang dengan nama Taiwan.
Kita lihat pula bagaimana nama Taiwan ditukar dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.
Pada asalnya PRC dan ROC memang diletakkan sekali di bawah satu jawatankuasa yang sama iaitu Jawatankuasa Olimpik China (China Olympic Committee).
Hubungan yang kompleks antara kedua-dua buah negara ni perlu diwujudkan satu entiti untuk sertai acara di peringkat kebangsaan seperti Sukan Olimpik.
Masing-masing akui kedaulatan ke atas Taiwan samada ROC atau PRC. Tetapi ia tak bertahan lama. Pada tahun 1976, PRC yang berkuasa ke atas China tak benarkan mana mana entiti untuk gunakan perkataan ‘China’ termasuklah Taiwan sendiri.
Perkataan “Taiwan”, “Chinese Taiwan” atau “Taiwan China” tak sesuai seolah-olah menggambarkan Taiwan dikuasai oleh China.
Disebabkan pengharaman ni, maka ROC yang kuasai Taiwan boikot sukan Olimpik dengan tak hantar penyertaan mewakili Taiwan.
Tetapi pemboikotan ni tak lama. Pada tahun 1984, Taiwan kembali sertai Olimpik. Taiwan perlu pikir sebuah nama yang tak ada sangkut paut dengan China untuk tunjukkan bahawa Taiwan bukan dibawah pemerintahan PRC.
Selepas adakan perbincangan yang agak lama, maka ROC ambil keputusan untuk gunakan nama Chinese Taipei kerana ia gambarkan sempadan wilayah ROC yang jelas dengan tak libatkan PRC di Tanah Besar China.
Ia jadi titik penting menunjukkan kedaulatan Taiwan di bawah ROC dan bebas merdeka dari Tanah Besar China.
Keputusan pengubahan nama ni diterima oleh PRC yang berpengkalan di Beijing.
Setelah nama ni dipersetujui, organisasi yang mewakili atlet Taiwan yang bertanding di Sukan Olimpik dijenamakan semula sebagai “Chinese Taipei Olympic Committee” atau CTOC.
Ini tak tertakluk pada Olimpik sahaja, malah semua kejohanan-kejohanan antarabangsa yang melibatkan China di dalamnya sepertimana bola sepak di bawah FIFA.
Isu China-Taiwan ni dah berlangsung lama sampai US pun nak masuk campur. Nak tau apa yang US buat pada Taiwan? Dapatkan Dunia Tanpa Tembok dengan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan berlangsung tak lama lagi. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source