Mak Ayah Elak Buat Perkara Ni Di Rumah Pada Anak-Anak, Tanpa Sedar Jejaskan Emosi Anak!
Anak jadi penakut, tak lasak dan tak mahu buat itu ini sebenarnya bukan disebabkan oleh personaliti anak itu sendiri sebaliknya cara dan penyamapaian mak ayah yang membuatkan anak-anak sejak kecil jadi penakut.
Sejak kecil lagi, mak dan ayah sepatutnya membiasakan anak-anak dengan pelbagai persekitaran yang mencabar sambil dipantau sebaiknya agar anak-anak dapat bereksplorasi malah paling utama dapat menghilangkan rasa takut dan berani mencuba dalam segala hal.
Menurut Teacher Lin, Penasihat Terapi Diri Kanak-Kanak, anak-anak perlu dibiarkan untuk bereksplorasi dengan sebaiknya sejak kecil. Biar anak lasak supaya anak tidak jadi penakut.
ANAK PENAKUT SALAH IBU BAPA?
” Anak aku ni gayat.. hahahah!”
Normal kalau tempat tu tinggi, tapi kalau sekadar 5-6 inci tinggi dari tanah pun dia rasa gayat.. itu macam tak normal je?
Selalu kita rasa lucu kalau tengok anak anak kecil gayat, tapi hati-hati jika beza platform 4-5 inci pun rasa gayat.. ini bahaya!
Ini menunjukkan anak anda mungkin ada masalah dalam mengenalpasti permukaan 3D!
Umur 3-4 tahun anak sudah mula lasak jadi kalau tak berlari memang tak sah! Pada waktu ini terutamanya kalau di kawasan lapang, memamg anak-anak suka berlari. Bila syok sangat berlari, manalah perasan ada batu ke apa..BUM! Terus terjatuh.
Okay, masalah ibu bapa bila tengok anak jatuh atau main bising-bising lompat sana sini mereka terus tarik anak tu dan bermain di dalam rumah saja. Main indoor.
Sebabnya?
Kotorlah..
Taknak anak kena tanah..
Taknak anak peluh-peluh busuk..
Lepastu, jangan komplen ya kalau anak ada masalah sensori!
Pada usia 3-4 tahun ni anak sedang mula belajar tentang konsep 3D dan perbezaan dalam jarak atau area or space estimation. Ini penting bila dah besar untuk memandu, bersukan atau sekadar keluar bersosial.
Anak yang tidak dapat memahami konsep 3D dan space estimation ni disebabkan selalu duduk indoor dan tidak dapat explore sekelilingnya akan mudah rasa takut untuk keluar.
Kerana apa? Kerana dia tak dapat nak agak berapa laju kereta bergerak, berapa jauh burung berterbangan di atas, berapa dalam mandi di pantai.
Semua ni menakutkan mereka! Bila mereka takut, mereka rasa lebih selamat untuk duduk di dalam rumah. Duduk depan komputer. Main games. Akibatnya, anak akan jadi introvert, jadi penakut, tak nak bersosial dan perkembangannya juga akan bermasalah!
Jadi, bagaimana nak bantu anak? Bila anak bermain.. biarkan jatuh. Tapi kena pastikan:
1. Jatuh di kawasan yang tidak berbahaya (tidak tinggi sangat, tiada lubang etc ) atau tiada barang bahaya berdekatan.(kaca, pisau)
2. Pastikan anak okay. Adakah dia cedera? Jatuh kena kepala ke? Dia boleh bangun sendiri tak?
Boleh tanya dia.. ” Adik okay? Ada sakit mana-mana?”
3. Beri galakkan. Apabila anak jatuh dan dia okay, biarkan anak bangun sendiri jika dia boleh. Dan ucapkan, ” Adik kuat…fuyooo! Jom jalan.”
Galakkan ini penting bagi memberi pemahaman kepada anak bahawa, It’s okay untuk jatuh dan bangun saja lepas tu. Anak akan jadi berani pada masa mendatang kerana dia tahu konsep jika lari -lari akan terjatuh.
Dia juga akan tahu bagaimana rasa jatuh atas tanah, jatuh atas lumpur, jatuh atas lantai, apa beza ketinggian 2 inci dan apa beza ketinggian 10 inci.
Pada masa mendatang anak boleh mengagak dan faham konsep ‘dalam’, ‘tinggi’,’panjang’ ,’lebar’ , ‘depan’ , ‘belakang’ dan sebagainya.
Bila anak faham, anak akan berani. Bila berani, dia akan mencuba dan banyak belajar. Bila banyak belajar, perkembangan anak semakin bagus..bila perkembangannya bagus InsyaAllah anak akan membesar dengan cemerlang!
Jadi, jangan risau anak comot or luka sikit ya. Biasalah budak-budak, selagi ia tak berbahaya InsyaAllah semua akan okay.
Lagi satu.
4. Jangan takut-takutkan mereka. Orang kita suka tau takutkan anak. Ehh jangan lari nanti pakcik tu makan, ehh jangan lompat nanti katak tu telan..ehhh macam-macam lahhh. Bila kita tanamkan perasaan takut pada anak, anak akan simpan dalam memorinya dan boleh menyebabkan anak apply rasa takut untuk banyak situasi. Takut jumpa orang..takut mencuba.
Perasaan takut ni boleh menghindarkan anak dari berfikir secara rasional tentang perkara betul dan salah. Hmm..untuk yang ni rasa kena post lain kot. Hehe. Tunggu lah nanti k!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source