Semalam, saya ternampak video podcast seorang professor Bahasa Arab dengan artis terkemuka tanah air. Tapi banyak jugak point-point beliau yang misleading dan melalut. Saya tak kata semua, tapi kebanyakan.
Antaranya inilah, Si Misai Kontot cari Melayu di Himalaya tapi tak jumpa. Sebab apa nak cari? Kata beliau sebab Melayu ni bangsa yang akan bangkit akhir zaman.
Tak, ekpedisi Nazi ke Tibet-Himalaya bukannya nak mencari bangsa Melayu, tetapi ada tiga tujuan. Ia adalah ekpedisi saintifik Jerman dibawah pimpinan zoologis Jerman dan pegawai SS, Ernst Schäfer.
Ia adalah untuk mencipta rekod biologi lengkap Tibet bersama dengan sintesis sains alam semula jadi yang berkaitan dengan geografi, kartografi, geologi, magnet bumi, iklim, tumbuhan, haiwan, dan manusia.
Sebab tu kalau kita semak semula, ekspedisi ini berhasil mengumpulkan ribuan artifak, sejumlah besar tumbuhan dan haiwan, termasuk spesimen hidup. Spesimen seperti tiga baka anjing Tibet, spesies kucing langka, serigala, musang, rubah, kulit burung, dan banyak lagi.
Anggota ekspedisi juga mengumpulkan sejumlah besar tumbuhan, terutama ratusan jenis barli, gandum, dan oat. Biji-bijian tersebut kemudian disimpan di SS-Institut für Pflanzengenetik di Lannach, dekat Graz, Austria, pusat penelitian yang dijalankan oleh ahli botani SS, Heinz Brücher.
Selain itu, ekpedisi ini ditunggang oleh bapa propaganda Nazi iaitu Heinrich Himmler yang cuba mencari “bukti” asal usul orang Aryan, bagi menguatkan lagi propaganda Aryan sebagai Master Race.
Sebagai contoh, Nazi berusaha benar nak cari Shambala, sebab legenda kepercayaan Tibet, Shambhala adalah sebuah kerajaan tersembunyi yang dianggap sebagai pusat spiritual. Ia sering dikaitkan dengan idea-idea mengenai kebijaksanaan kuno dan ras manusia yang lebih tinggi. Jadi, kenalah dengan propaganda membenarkan konsep keturunan dan supremasi kaum Aryan.
Ibu kota Tibet, Lhasa, dengan kuil dan istana kuno seperti Potala Palace, dianggap sebagai pusat rohani penting yang menarik minat Himmler dan Nazi dalam pencarian mereka untuk asal-usul mitos kaum Aryan. Jadi, mencari tempat mistik seperti ini dan dikaitkan dengan Aryan merupakan modus operandi utama Himmler.
Selain itu, terdapat juga laporan bahawa tugas utama ekspedisi adalah untuk menyiasat kemungkinan menetapkan kawasan tersebut sebagai pangkalan untuk menyerang tentera British di India.
Jadi, janganlah orang Melayu perasan sangat yang ekpedisi ni nak mencari Melayu dekat Himalaya, takde kaitan pun kita dengan deme. Hitler tak bodoh, sebab pada masa yang sama, Sebelum Hitler mai ke sini, British dengan Belanda dah jumpa bangsa Melayu, siap buat kajian-kajian beratus pasal bangsa Melayu.
Frank Swettenham misalnya menulis dan mencatat pelbagai buku mengenai bangsa Melayu. Pada tahun 1881, Frank Swettenham menulis kamus Bahasa Melayu Inggeris, pada tahun 1893, menulis buku mengenai sejarah Perak, pada tahun 1899, menulis buku berkenaan orang Melayu bertajuk The Real Malay. Ini beratus tahun sebelum Hitler dari Jerman yang entah kenapa boleh sesat sampai ke Himalaya dok cari orang Melayu.
Semua ni berusia puluhan tahun sebelum ekpedisi 1938-1939 ke Tibet oleh Nazi Jerman. Karya-karya orientalis tentang bangsa Melayu ada beratus. Tak perlu nak dengar dongengan Hitler ke Himalaya cari orang Melayu untuk rasa kita ni istimewa. Boleh jer cari ratusan karya yang menunggu masa untuk dikaji, tentang pandangan barat tentang Melayu ketika itu.
Sebab itulah pentingnya rujuk silang dalam kajian supaya kita tidak menyampaikan ilmu-ilmu yang salah faktanya. Kami bukan nak menegakkan benang yang basah, tapi nak meluruskan benang tersebut ke jalan yang benar.
Oleh: Helmi Effendy & Azizul Farhan
___
Benda-benda yang korang jumpa di platform-platform media sosial ni betul ke semuanya berkaitan sejarah Melayu atau ia direka semata-mata?
Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU I dan II untuk betulkan semula pandangan korang!
https://bit.ly/JSSMFB11
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
https://shope.ee/5V55yD8MaX
https://shope.ee/8UihXk5c4Q
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source