Kebijaksanaan Salahuddin Menumbangkan Tentera Salib di Hattin
Pertempuran Hattin pada 4 Julai 1187 membuktikan betapa powernya Salahuddin Al-Ayubbi merancang peperangan. Sejarawan Islam yang menulis Siyar A’lam al-Nubala, Al-Dhahabi berkata; “Ini ialah kemenangan terbesar bagi umat Islam setelah Khalid al-Walid menumbangkan Rom di Pertempuran Yarmuk.” Salahuddin satukan kerajaan-kerajaan Islam untuk membebaskan Baitulmaqdis daripada tentera Salib atau lebih tepat sebagai Frank.
Perjanjian damai pernah disepakati oleh Salahuddin dan Raja Baldwin sebelum kematiannya. Namun, perjanjian itu dilanggar oleh Raynald de Chatillion yang menyerang pedagang Islam malah merogol dan bunuh adik perempuan Salahuddin.
Salahuddin hantar utusan kepada Guy of Lusignan, raja yang menggantikan Baldwin yang memerintah Jerussalem. Beliau menuntut ganti rugi dan keadilan yang sepatutnya. Raynald menghasut Guy supaya halau utusan tersebut seterusnya mencetuskan peperangan.
Kebijaksanaan Salahuddin mencatur strategi menyerupai strategi karya perang China “Thirty-Six Strategies.” Salahuddin menggunakan taktik “Serang Wei Untuk Selamatkan Zhao” bermaksud musuh terlalu kuat kalau serang terus, seranglah sesuatu yang disayangi musuh.
Salahuddin menggerakkan tenteranya ke Tiberias dimana terletaknya sumber air dan tidak menyerang Guy secara terus di Sephoria. Apabila Guy dapat berita tersebut, Guy bersama tenteranya menuju ke Tiberias menyerang Salahuddin.
Salahuddin turut menerapkan taktik The Art of War karya Sun Tzu iaitu “Apabila musuh santai, buat mereka menderita. Apabila musuh kenyang, buat mereka lapar. Apabila musuh berhenti, buat mereka bergerak.”
Sumber air sangat penting kerana bentuk muka bumi padang pasir yang tandus. Guy singgah di air mata air di Turan, 6 batu dari Sephoria. Mereka terus menuju ke Tiberias yang berjarak 9 batu tanpa sumber air lain di jalan tersebut.
Salahuddin mengarahkan pasukan sayap kiri dan kanan berkuda mengepung Guy dan tutup jalan untuk balik ke Turan. Guy takde pilihan untuk patah balik.
Guy dinasihati Raymond III of Tripoli untuk menuju ke mata air di Hattin, 6 batu daripada lokasi mereka. Tentera Frank yang berada di Meskana diserang tentera Salahuddin. Tentera Islam solat, berzikir, melaungkan kata-kata semangat dengan kuat sehingga dapat didengari tentera Frank. Tentera Frank terus patah semangat.
Tentera Islam membakar rumput sehingga mengeluarkan asap dan membutakan tentera Frank. 2 kali percubaan tentera Frank menyerang namun mudah dipatahkan Salahuddin. Raymond melarikan diri meninggalkan Guy. Tentera Frank berundur hingga ke Tanduk Hattin. Tentera Islam mengepung dan menghabiskan tentera Frank.
Guy pun menyerah kalah apabila tentera Islam menawan khemahnya.
Guy diberikan air dan dibebaskan oleh Salahuddin. Raynald pula dihukum bunuh kerana melanggar gencatan senjata sebelum ni. Salahuddin seterusnya menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon serta diikuti Baitulmaqdis pada 2 Oktober 1187.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source